Azeem ‘meremang’ dapat tiket, Shereen terbuka terima keputusan

Azeem ‘meremang’ dapat tiket, Shereen terbuka terima keputusan

Azeem ‘meremang’ dapat tiket, Shereen terbuka terima keputusan
AZEEM dipilih untuk menerima tiket ‘wildcard’ bagi membolehkannya bersaing di temasya Sukan Olimpik Paris nanti.

SURABAYA – Jaguh pecut 100 meter (m) kebangsaan, Muhammad Azeem Fahmi seolah-olah hilang kata-kata sebaik sahaja namanya diumumkan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 menggunakan tiket ‘wildcard’.

Keputusan itu dibuat Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.

Azeem yang merupakan pemegang rekod 100m kebangsaan dengan 10.09s mengakui tidak menjangka tiket wildcard diidam-idamkan itu menjadi miliknya untuk beraksi di Olimpik Paris nanti.



“Saya bersyukur dan hilang kata-kata selain masih meremang. Saya tidak jangka dapat tiket ke Sukan Olimpik 2024 memandangkan saya sudah bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan daripada Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim.

“Apabila berita itu adalah satu perkara yang positif, ini adalah peluang terbaik untuk saya terus berkembang dan meningkatkan prestasi diri sendiri,” katanya ketika ditemui di Lapangan Atletik Universitas Negeri Surabaya (Unesa) di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah GIP Di Perlukan Kerana Projek BRI Bermasalah?



Sebelum ini, tiket wildcard berkenaan menjadi rebutan antara Azeem dan atlet 400m wanita negara, Shereen Samson Vallabouy, namun Azeem dilihat lebih berpeluang memandangkan wildcard hanya ditawarkan dalam acara 100m, 800m dan maraton.

Azeem ‘meremang’ dapat tiket, Shereen terbuka terima keputusan
SHEREEN

Dalam pada itu, Shereen menerima keputusan dibuat KOM dengan hati terbuka apabila menganggap sesiapa yang diberikan tiket wildcard benar-benar layak untuk beraksi pada temasya sukan terbesar dunia tersebut.

Bagaimanapun, dia yang juga pemegang rekod 400m wanita kebangsaan tidak kecewa dengan keputusan itu, sebaliknya sedia untuk memperbaiki mana-mana kelemahan bagi memastikan prestasinya lebih baik pad amasa hadapan.



“Sebagai atlet, sudah tentu (mahu ke Olimpik) dan kami bekerja keras untuk mendapatkannya. Pastinya satu perkara yang mengujakan jika dapat mewakili negara (ke Sukan Olimpik).

“Sekiranya tidak dapat, saya hanya mahu bekerja lebih keras dan bangkit dengan prestasi terbaik. Bagi saya, siapa sahaja yang dapat (tiket wildcard), maka dia sememangnya layak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Azeem ‘meremang’ dapat tiket, Shereen terbuka terima keputusan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kewujudan Atau Keabsahan Titah Adendum Yang Di Tolak Mahkamah

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button