Buruh dipenjara 30 tahun, 12 sebatan kerana edar dadah

Buruh dipenjara 30 tahun, 12 sebatan kerana edar dadah

Buruh dipenjara 30 tahun, 12 sebatan kerana edar dadah
Tertuduh, Mohd Firdaus Mohd Zahid, 32, dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini kerana mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 299.17 gram. – Foto NSTP/Ghazali Kori

KUALA TERENGGANU: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan di Mahkamah Tinggi hari ini kerana mengedar dadah methamphetamine seberat 299.17 gram.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Mohd Firdaus Mohd Zahid, 32, yang didapati bersalah selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes prima facie pihak pendakwaan.

Mengikut pertuduhan pindaan, tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 299.17 gram.



Dia didakwa melakukan kesalahan itu atas kerusi sebelah penumpang hadapan sebuah kereta jenis Perodua Viva di sekatan jalan raya Hentian Rehat & Rawat (R&R) Perasing Jabor, Chukai, Kemaman, jam 4.50 petang pada 12 April 2021.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah GIP Di Perlukan Kerana Projek BRI Bermasalah?



 

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dikenakan hukuman mati, tertuduh boleh dikenakan hukuman sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian mengarahkan hukuman penjara terhadap tertuduh bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 12 April 2021.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Mohd Khairuddin Idris manakala tertuduh diwakili peguam, Ghazali Ismail.

Buruh dipenjara 30 tahun, 12 sebatan kerana edar dadah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dua Survey dapati Najib terlalu popular, lalu ada pihak halang pembebasan nya.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button