Cekik ibu hingga mati kerana disuruh kemas bilik, cari kerja

Cekik ibu hingga mati kerana disuruh kemas bilik, cari kerja

Connor tergamak mencekik ibunya, Shanelle Burns. FOTO Agensi

Washington: Pemuda di sebuah negeri di Amerika Syarikat (AS) tergamak mencekik ibunya sehingga mati selepas disuruh mengemas bilik dan mencari pekerjaan.

Berdasarkan dokuman mahkamah, Connor Kobold, seorang penuntut Akademi Perdagangan Marin AS, menelefon talian kecemasan 911 sebanyak lima kali pada 5 Februari lalu, melaporkan kematian seseorang di rumahnya di Valparaiso, Indiana, lapor Fox News.



Apabila polis tiba, Kobold menyerah diri sebelum meminta untuk digari dan dimasukkan ke dalam kereta skuad.

Dia didakwa mengaku melakukan jenayah itu berdasarkan pengakuannya sendiri.

“Ada orang mati di satu sudut rumah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah GIP Di Perlukan Kerana Projek BRI Bermasalah?


“Saya membunuh seseorang di rumah itu,” lapor WGNTV.

Pegawai polis juga melihat kesan calar pada bahagian wajah pemuda itu.



Polis mendapati, ibunya, Shanelle Burns, 43, tidak sedarkan diri dengan tiada nadi dan cedera teruk termasuk kesan cekik pada lehernya.

Burns, penolong naib presiden dalam kemajuan di Universiti Loyola di Chicago, dimasukkan ke hospital tetapi meninggal dunia dua hari kemudian.

Menurut dokumen mahkamah, wanita itu meninggal dunia akibat sesak nafas dan kematiannya diputuskan sebagai pembunuhan akibat dicekik selain mengalami kerosakan otak ketara sebelum kematiannya.

Lelaki berusia 20 tahun itu didakwa atas pembunuhan ibunya, mengaku tidak bersalah dan ditahan di Penjara Porter County dengan kesnya bakal dibicarakan di mahkamah bulan depan.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Peguambela Lelaki Israel Yang Di Tangkap Rupa Rupanya Mesra Perikatan Nasional


Terdahulu, semasa perbicaraan pada Februari, Kobold, yang mempunyai sejarah masalah kesihatan mental, memberitahu hakim, dia dimasukkan ke dua kemudahan dan bertemu sekurang-kurangnya lima ahli terapi.

Dia cuba mewakili dirinya di mahkamah, dengan menyatakan, hanya dia yang boleh menjelaskan keadaan sekeliling kejadian itu.



Bagaimanapun, seorang pembela awam dilantik untuk mewakilinya walaupun pemuda itu berusaha untuk mewakili dirinya sendiri.

Cekik ibu hingga mati kerana disuruh kemas bilik, cari kerja

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dua Survey dapati Najib terlalu popular, lalu ada pihak halang pembebasan nya.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button