CIMB bank pertama lengkapkan sasaran nyahkarbon 2030

CIMB bank pertama lengkapkan sasaran nyahkarbon 2030

CIMB bank pertama lengkapkan sasaran nyahkarbon 2030
GURDIP Singh Sidhu mengumumkan sasaran iklim 2030 untuk portfolio minyak dan gas dan hartanah. FOTO Rohanis Shukri

Kuala Lumpur: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB), menjadi bank Malaysia pertama yang melengkapkan sasaran nyahkarbon 2030 untuk sektor pelepasan tinggi, mempercepatkan perjalanan kelestarian ke arah Sifar Bersih menjelang 2050 terutama bagi portfolio minyak dan gas (O&G) dan hartanahnya.

CIMB menyasarkan pengurangan intensiti pelepasan bagi portfolio O&G dan hartanah masing-masing sebanyak 16 dan 34 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bank dan CIMB Malaysia, Gurdip Singh Sidhu berkata, penyempurnaan sasaran nyahkarbon 2030 CIMB menandakan satu pencapaian penting ke arah merealisasikan sasaran Sifar Bersih jangka panjang menjelang 2050.



Katanya, sasaran interim itu menunjukkan akauntabiliti dan komitmen CIMB untuk mendorong peralihan yang adil di seluruh Asean.

“Di samping usaha kumpulan dalam melaksanakan langkah proaktif untuk menangani risiko iklim dalam portfolio kami, serta menggalakkan amalan kewangan yang mampan, CIMB juga kekal komited untuk menyokong dan memperkasakan pelanggan kami dalam peralihan ke amalan perniagaan yang lebih mampan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah GIP Di Perlukan Kerana Projek BRI Bermasalah?




“Selain itu, rancangan nyahkarbon untuk sektor ini direka khas dengan teliti, sejajar dengan dasar kerajaan setiap negara,” katanya.

“Ini menggambarkan dedikasi kami untuk memajukan objektif nasional di seluruh rantau di mana kami beroperasi,” katanya pada sesi CIMB Sustainability Roundtable 2024 di sini, hari ini.

Menurutnya, CIMB juga sudah mengemas kini kertas putihnya yang diterbitkan sebelum ini, memperincikan rancangan nyahkarbon serta menggariskan laluan khusus sektor dan strategi segera secara teliti untuk kesemua enam sektor yang menyumbang kepada 60 peratus portfolio pembiayaan pelepasan CIMB setakat 2023.



Katanya, sasaran nyahkarbon terbabit ditetapkan berdasarkan Senario Pelepasan Sifar Bersih Agensi Tenaga Antarabangsa menjelang 2050 (IEA NZE) yang dipertingkatkan dengan cerapan daripada Senario Pembangunan Lestari Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA SDS), untuk merumuskan senario Sifar Bersih yang bersesuaian bagi konteks Asean.

Beliau berkata, pada masa sama, mulai 1 Januari 2025, CIMB juga akan menghentikan pembiayaan baharu khusus untuk penerokaan medan minyak huluan baharu yang diluluskan untuk pembangunan pasca 2021.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Peguambela Lelaki Israel Yang Di Tangkap Rupa Rupanya Mesra Perikatan Nasional




“Ini sejajar dengan IEA NZE, yang menyatakan bahawa di peringkat global, projek minyak dan gas baharu tidak diperlukan lagi selain daripada apa yang telah dilaksanakan setakat 2021, memandangkan aset semasa sudah memenuhi penawaran dan permintaan.

“Bagaimanapun, dengan mengiktiraf peranan penting gas asli sebagai bahan api peralihan yang diperlukan oleh Asean, CIMB akan terus menyokong inisiatif berkaitan gas asli.

“Ini amatlah penting terutamanya dalam mengurangkan pergantungan terhadap arang batu dalam sektor tenaga dan memastikan sekuriti tenaga untuk memenuhi keperluan serta permintaan jangka pendek,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pihaknya percaya permintaan untuk pembiayaan CIMB akan terus berkembang membabitkan semua sektor.



“Permintaan untuk pembiayaan dilihat akan terus berkembang dan dengan merealisasikan sasaran Sifar Bersih ini, ia tidak akan memberi impak negatif kepada pertumbuhan pembiayaan kami.

“Untuk mencapai sasaran ini, CIMB akan secara aktif berusaha membiayai pembangunan, pengubahsuaian dan penyelenggaraan bangunan yang lebih cekap tenaga termasuk peralihan tenaga dalam bangunan melalui pemasangan tenaga boleh diperbaharui di tapak seperti solar PV atas bumbung dan penyimpanan tenaga,” katanya.

CIMB bank pertama lengkapkan sasaran nyahkarbon 2030

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dua Survey dapati Najib terlalu popular, lalu ada pihak halang pembebasan nya.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button