Dua Survey dapati Najib terlalu popular, lalu ada pihak halang pembebasan nya.

Oleh Adam Malik

Dua Survey dapati Najib terlalu popular, lalu ada pihak halang pembebasan nya.

Persoalan , siapa akan rugi dan siapa akan untung jika Datuk Seri Najib dibebaskan?



Ini persoalan politik dan bukan persoalan dari sudut undang undang kerana majoriti rakyat sudah tidak percaya lagi kepada badan kehakiman dan badan guaman semenjak kes Datuk Seri Najib dibicarakan.

Jika ikut dari segi undang undang DSNR sudah pun bebas sebaik sahaja perakuan saksi saksi diambil kira tambahan lagi majoriti saksi ramai tiada kredibili kerana ramai dari mereka adalah pesalah rasuah dari Goldman Sach yang ditukar jadi saksi.

 



Erti kata pillih jadi saksi atau kena dakwa, pilih lah mana satu.

Antara saksi berstatus perasuah adalah Zeti Aziz dan Jasmin Loo.

Zeti disahkan menerima sogokan dimahkamah Brooklyn Amerika ketika Roger Ng didakwa.



Jasmin Loo terima wang, rumah dari Jho Low dengan “own admission”.

Hakim juga sepatut didakwa kerana “contempt of court” menipu mahkamah sendiri dengan sembunyi status pernah berkerja di Mayban Investment dan terbabit dengan penubuhan syarikat SRC.

Selain itu Hakim kes juga terbabit dengan siasatan rasuah oleh SPRM, dan kertas siasatan serta soal jawab diperolehi oleh pihak DSNR , namun dihalang untuk dijadikan bukti baru.

Maka, sesiapa yang tiada maklumat maklumat ini belum layak bual berkenaan kes DSNR tidak kira lah sama ada miliki sijil undang undang pun.



Berbalik semula kepada persoalan pendapat seorang penulis politik yakni Joceline Tan , yang sangat terkenal kepada semua pembaca yang “English medium” dan profesional, beliau mendedahkan bahawa Najib telah dapati melalui survey sulit dari dua buah parti dalam kerajaan.

Maka populariti Najib sangat membimbangkan dua parti ini.

Setelah berada dalam penjara hampir dua tahun survey masih dapati Najib masih dan sangat popular lagi.

Selain itu, walaupun Anwar Ibrahim bermusuh dengan Mahathir , namun diandaikan tanpa sengaja mereka juga akan tergugat dengan populariti Najib jika dibebaskan.



Selain itu, ketika DSNR masih bebas pun Tun Mahathir sering mati akal tidak dapat menjawap serangan Najib.

Ambil contoh apabila Najib menyerang Mahathir berkenaan pengecualian cukai Syarikat POGH yang Mahathir ada pegangan saham , terus Mahathir berdiam diri.

Mungkin kerana Mahathir takut terdedah siapa sebenar pemilik syarikat itu.

Selain itu, Najib juga menyindir Mahathir dan Daim berkenaan pembukaan banyak bank diluar negara selepas kehilangan wang Forex RM30 bilion, juga Mahathir tidak respon.



Kemudian apa bila Najib acah Kadir Jassin sebagai proksi syarikat yang Mahathir ambil dari umno, terus Kadir Jassin tutup laman medsos nya.

Jadi, Mahathir antar makhluk yang takut dan tidak suka Najib bebas.

Pada survey yang dimaksudkan oleh JT itu, kedua dua parti mengupah pihak untuk membuat survey secara berasingan, dan keputusan nya hampir sama, mereka dapati Najib sangat popular dikalangan mereka yang disurvey.

Mereka yang di survey sangat rindu pada pemerintahan nya.

Maka , sudah tentu lah Najib tidak akan dibebaskan dan musuh nya akan menggunakan pihak tertentu untuk memastikan hal ini terlaksana.

Sepatutnya kena lah bersikap anak jantan untuk berlawan secara”face to face” dan bukan ikut cara pondan seperti penjarakan musuh.

Maka, nyata lah yang memberi sumbangan menyukarkan pembebasan Najib sudah boleh dikenal pasti siapa mereka.

Mereka tahu jika Najib dibebaskan, rakyat sudah tidak mahu lagi beri tumpuan kepada jenaka mereka , dan Najib akan menjadi tumpuan dan disuluh dengan “spotlight”.

Badut hanya sesuai berada dalam sarkis, biar lah Najib ambil alih, mungkin itu yang dikehendaki oleh rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button