Kecoh Incheon: Peluru hidup dijumpai dalam bagasi pramugari

Kecoh Incheon: Peluru hidup dijumpai dalam bagasi pramugari

Kecoh Incheon: Peluru hidup dijumpai dalam bagasi pramugari
GAMBAR hiasan. FOTO Agensi/Yonhap

Incheon: Polis Korea Selatan melakukan siasatan selepas peluru hidup ditemukan di dalam bagasi tangan seorang pramugari Korean Air semasa pemeriksaan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

Menurut polis lapangan terbang itu pada Khamis, sebutir peluru hidup kaliber 7.62 milimeter ditemukan dalam beg tangan milik pramugari itu ketika beliau mahu berlepas menaiki penerbangan Korean Air menuju Bangkok pada 7.30 pagi Selasa, lapor agensi berita Yonha.

Polis telah mengambil peluru itu dan membenarkan pramugari itu meneruskan perjalanan mengikut jadual.



Mereka merancang memanggilnya untuk soal siasat sebaik sahaja beliau kembali dari tugasan itu.

Pada Mac lepas, dua butir peluru hidup ditemukan di bawah tempat duduk penumpang dalam pesawat Korean Air yang hendak berlepas menuju Manila, Filipina, menyebabkan lebih 200 penumpang dipindahkan.

Kecoh Incheon: Peluru hidup dijumpai dalam bagasi pramugari

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dua Survey dapati Najib terlalu popular, lalu ada pihak halang pembebasan nya.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button