Kewujudan Atau Keabsahan Titah Adendum Yang Di Tolak Mahkamah
Kewujudan Atau Keabsahan Titah Adendum Yang Di Tolak Mahkamah
Sebelum penulis menulis dengan lebih lanjut, perlu penulis membuat pengakuan terlebih dahulu.
Bukan tujuan penulis untuk mempersoalkan keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah berhubung permohonan DS Najib membuat semakan kehakiman mengenai kewujudan titah adendum YDP Agong mengenai tahanan di rumah.
Malah penulis menghormati sepenuhnya keputusan yang telah dibuat oleh YA Hakim Amarjeet Singh.
Penulis cuma mengemukakan persoalan mengenai kekeliruan tujuan perbicaraan semakan kehakiman tersebut.
Mahkamah memutuskan afidavit daripada DS Zahid dan Wan Rosdy tidak menunjukkan pengetahuan secara langsung mengenai kewujudan perintah tambahan Lembaga Pengampunan itu.
Hakim Amarjeet berkata kedua-dua afidavit itu sebaliknya hanya memetik kenyataan Tengku Zafrul yang dikatakan mendakwa kewujudan titah addendum itu.
Mahkamah juga memutuskan dua afidavit Najib sendiri yang menyokong tindakan kebenaran semakan kehakiman hanya mengandungi kenyataan kosong.
Tanpa menyebut sumber dan kepercayaannya tentang kewujudan perintah tambahan itu.
“Saya dapati kedua-dua afidavit adalah, pada tahap tertinggi, khabar angin tulen,” jelas Hakim Amarjeet.
Adakah Mahkamah Mempersoalkan Kredibiliti Perdana Menteri Dan Peguam Negara?
Dari penghakiman yang telah dibuat, jelas mahkamah telah menolak atau menafikan kewujudan titah adendum tersebut.
Persoalan yang timbul, adakah kewujudan titah adendum boleh dipersoalkan bila Peguam Negara sendiri telah mengesahkannya?
Pengesahan tersebut boleh dilihat dalam kenyataan oleh perdana menteri, Anwar Ibrahim sendiri.
“Kita tak cuba meringankan apa-apa keputusan yang dibuat hakim.”
“Tapi cara kita lakukan itu yang tidak disenangi sesetengah pihak dałam parti sekutu atau sebaliknya, dalam kalangan yang lain di luar.”
“Itu bukan kita persoalkan.”
“Tapi pendirian kita tuntas, bahawa keputusan mesti dibuat dałam mesyuarat Lembaga Pengampunan dan keputusan muktamad Agong (mesti juga) dałam mesyuarat Lembaga Pengampunan,” kata Anwar.
Dari kenyataan Anwar di atas, jelas beliau sebagai perdana menteri dan juga Peguam Negara mengakui kewujudan titah adendum tersebut.
Cuma yang mereka persoalkan adalah sama ada ianya dikeluarkan mengikut proses yang betul atau pun tidak.
Ironiknya, asas kepada penghakiman mahkamah adalah afidavit DS Zahid dan Wan Rosdy adalah hearsay.
Adakaah mahkamah mempersoalkan kredibiliti Perdana Menteri dan Peguam Negara?
Dan sekiranya yang dipersoalkan mahkamah adalah keabsahan, bermakna perintah adendum benar-benar wujud.
Kewujudan Atau Keabsahan Titah Adendum Yang Di Tolak Mahkamah
Di Syorkan Untuk Anda:
- Mungkinkah GIP Di Perlukan Kerana Projek BRI Bermasalah?
- PAS Dan PPBM Mula Berebut DUN Nenggiri
- Kumpulan Bertindak Ibubapa Bagi Pendidikan Anggap Jaminan Kemasukan Bukan Bumiputera Ke Matrikulasi Hanya Retorik