Mayat bekas juara dunia lompat tinggi ditemukan dengan kesan tembakan
Mayat bekas juara dunia lompat tinggi ditemukan dengan kesan tembakan
Cape Town: Polis Afrika Selatan pada Rabu mengesahkan penemuan mayat bekas juara dunia lompat tinggi Jacques Freitag dengan kesan beberapa tembakan, yang dilaporkan hilang bulan lepas.
Freitag, 42, yang dilaporkan hilang selama dua minggu ditemukan dengan beberapa kesan tembakan, menurut laporan berita tempatan.
Polis mengesahkan kepada Xinhua bahawa kes orang hilang telah dilaporkan oleh adik Freitag pada 24 Jun selepas “dia menyedari abangnya hilang ketika melawat rumahnya di Witbank pada 16 Jun 2024.”
“Freitag memberitahu keluarga bahawa dia akan pergi ke Pretoria dan memberikan alamat rumah tamu tempat dia akan menginap,” menurut polis.
Mayatnya dilaporkan ditemukan di kawasan berumput berhampiran tanah perkuburan pada petang Isnin di Pretoria West, Afrika Selatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Dan PPBM Mula Berebut DUN Nenggiri
- Kumpulan Bertindak Ibubapa Bagi Pendidikan Anggap Jaminan Kemasukan Bukan Bumiputera Ke Matrikulasi Hanya Retorik
Mungkinkah GIP Di Perlukan Kerana Projek BRI Bermasalah?
Polis juga mengesahkan bahawa kes orang hilang kini ditukar kepada kes pembunuhan.
“Penemuan ini dibuat oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Perkhidmatan Polis Afrika Selatan (SAPS) yang menjalankan operasi mencari mangsa yang hilang,” kata polis.
“Keluarga si mati telah mengenal pasti mayat berkenaan. Tiada siapa yang ditahan setakat ini tetapi polis sedang mengikuti petunjuk yang ada.
Freitag antara beberapa atlet yang memenangi kejuaraan dunia pada peringkat remaja, junior dan senior.
Beliau meraih pingat emas dalam acara lompat tinggi di Kejohanan Dunia 2003 di Paris.
Mayat bekas juara dunia lompat tinggi ditemukan dengan kesan tembakan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misteri Takrifan Hearsay Yang Mengelirukan
- UMNO akan pilih pendirian yang terbaik sebelum PRU16
- Kewujudan Atau Keabsahan Titah Adendum Yang Di Tolak Mahkamah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Dua Survey dapati Najib terlalu popular, lalu ada pihak halang pembebasan nya.