Misteri Takrifan Hearsay Yang Mengelirukan

Misteri Kewujudan Titah Adendum

Misteri Takrifan Hearsay Yang Mengelirukan

 

Peguambela DS Najib, TS Shafee Abdullah, mencabar kerajaan menafikan secara terbuka perintah adendum yang dikatakan dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong.

“Tiada seorang pun pegawai atau institusi kerajaan menafikan kewujudan dokumen itu, yang turut dirujuk sebagai adendum.”



“Anda fikirkanlah, perkara yang begitu mustahak tak ada individu daripada kerajaan (menafikannya).”

“Kalau benda tu memang tak ada, kenapa tak boleh cakap?”

“Katalah benda ni tak ada, jangan buang masa.”

“Di bawah undang-undang keterangan, sikap berdiam diri kerajaan boleh dianggap alasan tidak sesuai.”



“Begitulah dahsyatnya kesan undang-undang itu.”

“Kerajaan terpaksa mengesahkan kewujudan adendum itu jika ia memberi respons.”

“Jadi, sekarang anda lihat kerajaan berlakon pekak dan bisu, main sorok-sorok dengan adendum itu.”

“Satu hari nanti ia akan muncul dalam keadaan paling buruk,” tegas Shafee Abdullah.



Pada pandangan penulis, Shafee mempunyai asas yang cukup kukuh dalam kenyataan yang beliau keluarkan ketika sidang media di perkarangan mahkamah.

Timbalan Perdana Menteri, DS Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy adalah 2 orang yang memegang jawatan kanan di dalam kerajaan pusat dan negeri.

Kedua-dua mereka telah memfailkan afidavit menyokong kewujudan titah adendum tersebut.

Sebaliknya mahkamah telah menolak afidavit mereka atas penghakiman ianya hanya hearsay tanpa bukti yang kukuh.



Dalam perbicaraan kes SRC, ramai saksi mengakui derma dari keluarga Di Raja Arab Saudi itu benar.

Malah, saksi SPRM sendiri akui telah pergi ke Arab Saudi dan mengesahkan perkara ini.

Tetapi dalam penghakiman Nazlan, beliau berkata derma Arab Saudi adalah kisah dongeng yang juga bermaksud hearsay.

Tapi bila saksi-saksi kes DS Najib bagi kenyataan dalam mahkamah, dengan menyebut nama Jho Low, Nik Faisal, Arwah Dato Azlin tanpa kehadiran semua individu ini sebagai saksi penting, mahkamah terima sebagai bukti.



Adakah takrifan hearsay di dalam mahkamah akan berubah mengikut keadaan dan orang yang kena tuduh?

 

Misteri Takrifan Hearsay Yang Mengelirukan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button