Nenek maut selepas makan sup cendawan
Oleh – Syeikh Baran
Seorang warga emas berusia 77 tahun meninggal dunia selepas menikmati hidangan cendawan beracun yang dikutip dan dimasak oleh anaknya, lapor laman berita Thaiger semalam.
Anak mangsa yang dikenali sebagai Pranchai, 44, dilaporkan mencari cendawan sebelum menyediakan sup menggunakan tumbuhan yang dikutip itu.
Mangsa bernama Chuen, manakala Pranchai mengalami simptom teruk seperti muntah, cirit-birit dan sakit di bahagian dada selepas makan sup yang sama.
“Selepas makan sup cendawan, kedua-duanya mengalami muntah teruk, cirit-birit dan sakit dada. Mereka kemudian dikejarkan ke Hospital Yasothon.
“Malangnya, Chuen tidak dapat menahan keracunan lalu meninggal dunia, manakala Pranchai masih dalam keadaan kritikal,” kata seorang ahli keluarga mangsa.
Menurut ahli keluarganya, mereka percaya kematian Chuen tidak membabitkan sebarang perbuatan keji atau faktor lain.
Sementara itu, ketua kampung dari dua komuniti tempatan di Yasothorn menekankan kepentingan untuk mengenal pasti cendawan yang boleh dimakan.
Penduduk juga dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada bagi mengelakkan perkara serupa daripada berulang pada masa depan. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE