Pasangan kekasih ditahan jual topi keledar tiruan di media sosial

Pasangan kekasih ditahan jual topi keledar tiruan di media sosial

Pasangan kekasih ditahan jual topi keledar tiruan di media sosial
Anggota serbuan meneliti topi keledar tiruan yang dijual oleh pasangan kekasih dalam pemeriksaan terhadap kediaman yang dijadikan lokasi promosi secara dalam talian menerusi media sosial semalam.

ALOR SETAR: Pasangan kekasih yang disyaki aktif menjual topi keledar tiruan menggunakan berjenama ‘Arai’ secara dalam talian menerusi media sosial, ditahan pihak berkuasa dalam serbuan, semalam.

Serbuan dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah bersama wakil Trade Mark Owner (TMO) dari wakil syarikat jenama tempatan itu dan wakil Syarikat Guaman Shearn Delamore & Co di sebuah premis kediaman di bandar raya ini.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin, berkata serbuan dilakukan berdasarkan aduan dan hasil risikan yang dilakukan sejak Februari lalu di sekitar daerah ini.



Beliau berkata, serbuan yang dilakukan semalam membabitkan seramai 10 pegawai penguat kuasa KPDN Alor Setar, seorang pegawai wakil TMO dari jenama asli produk berkenaan dan tiga pegawai wakil TMO dari Syarikat Guaman Shearn Delamore & Co.

“Pemeriksaan lanjut di dalam premis kediaman itu menemui 95 unit topi keledar, 133 unit beg sarung topi keledar dan lain-lain barangan yang mempunyai label jenama yang disahkan tiruan oleh wakil TMO.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah GIP Di Perlukan Kerana Projek BRI Bermasalah?




“Berikutan itu, kesemua barangan terbabit disita untuk siasatan lanjut dan pasangan berusia 30-an itu ditahan untuk diambil keterangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Nizam berkata, tindakan kes diambil mengikut Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan, jagaan, atau kawalannya bagi maksud perdagangan atau pengilangan barang-barang yang dipakaikan cap dagangan dengan salah.

Beliau berkata, nilai rampasan keseluruhan adalah dianggarkan sebanyak RM16,248.



“Sekiranya disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

“Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM20,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Menurutnya lagi, pasangan itu kemudian dibebaskan selepas keterangan percakapan diambil.

Katanya, KPDN Kedah memberi amaran kepada kepada peniaga di negeri ini supaya tidak menjual atau menawarkan apa-apa barangan yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah.



“Pengguna juga dinasihatkan membeli barangan tulen serta diingatkan untuk menggunakan topi keledar mengikut standard keselamatan yang mempunyai tanda SIRIM.

“Orang ramai diharap dapat menyalurkan maklumat kepada Pejabat KPDN dengan menyalurkan sebarang kegiatan yang mencurigakan melalui saluran-saluran seperti berikut iaitu Portal e-aduan 2.0 http://eaduan.kpdn.gov.my atau Call Centre 1-800-886-800 serta E-mel [email protected].

“Selain itu, maklumat juga boleh disalurkan oleh aplikasi EZ ADU KPDN atau Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-88826088/6245 dan WhatsApp 019-848 8000 serta 019-279 4317 dan Pejabat KPDN Kedah 04-7001745, “katanya.

Pasangan kekasih ditahan jual topi keledar tiruan di media sosial

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dua Survey dapati Najib terlalu popular, lalu ada pihak halang pembebasan nya.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button