Pelawak, isteri disiasat sebar maklumat polis di Telegram bebas

Oleh – Syeikh Baran


Pelawak, isteri disiasat sebar maklumat polis di Telegram bebas
Gambar Hiasan

Seorang pelawak dan isterinya yang direman berkaitan kes penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram kelmarin dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasangan yang remannya tamat hari ini akan diberi jaminan polis.



“Siasatan lanjut kes berkenaan bagaimanapun masih diteruskan. Selain itu, sisasatan mengenai tindakan tatatertib akan dijalankan ke atas isterinya yang juga anggota polis,” katanya hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan perintah reman selama tiga hari kepada pelawak berusia 38 tahun dan isterinya pula selama sehari dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Terdahulu, kedua-dua mereka ditahan di Balai Polis Seksyen 9 di sini, kira-kira pukul 7 malam kelmarin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button