Pemandu jentolak ajak remaja ‘atas katil’, baru kenal 4 bulan

Oleh – Syeikh Baran


Pemandu jentolak ajak remaja ‘atas katil’, baru kenal 4 bulan
Anggota polis membawa Muhamad Shafiq Aiman (kanan) untuk didakwa atas pertuduhan merogol seorang remaja bawah umur di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

Seorang pemandu jentolak didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang merupakan kenalan baru dikenalinya kira-kira empat bulan lalu.

Tertuduh, Muhamad Shafiq Aiman Ismail, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.



Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun 10 bulan ketika kejadian di sebuah inap desa di sini kira-kira pukul 10 malam pada 22 Mac lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Zaem Ab. Aziz.

Terdahulu, Ahmad Faiz Fitri tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.

Muhammad Zaem kemudiannya memohon ikat jamin memandangkan anak guamnya menjaga ibu yang menghidap kencing manis sehingga kakinya dipotong.



Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan selain perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button