Rakyat Malaysia sudah sumbang hampir RM98 juta kepada Palestin -kata Datuk Seri Utama Mohamad Hassan

Sehingga kini rakyat Malaysia sudah memberi sumbangan derma hampir RM98 juta kepada Tabung bantuan Palestin seperi di umumkan oleh Datuk Seri Utama Muhamad Hasan.

Berikut ada lah petikan dari laman facebook Menteri Luar Datuk Seri Utama Mohamaf Bin Hasan.’

Menyempurnakan Majlis Pelancaran Inisiatif Kemanusiaan Untuk Palestin di Wisma Putra sebentar tadi. Alhamdulillah, penghantaran bantuan kemanusiaan ini tidak akan berjaya, tanpa sumbangan yang tulus dari rakyat Malaysia.



Setakat 28 Jun 2024, rakyat Malaysia telah
menderma sejumlah RM98,828,028.83 kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP). Jumlah ini mencerminkan, semangat prihatin daripada syarikat-syarikat swasta, individu, penjawat awam, serta pelbagai persatuan dan kelab.

Saya kagum dengan kegigihan NGO Malaysia dalam usaha-usaha kemanusiaan di Palestin. Malaysia akan terus membantu dengan apa jua cara yang kita mampu. Namun, untuk meneruskan usaha murni ini, sokongan berterusan daripada rakyat Malaysia, sangatlah diperlukan.

Lebih manis, AAKRP telah menerima sumbangan daripada Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Johor, ASTRO, SPANCO Sdn Bhd, dan Persatuan Komuniti Melayu Acheh Klang dalam majlis ini tadi. ASTRO juga telah melancarkan siaran TV Khas – “Malaysia Bersama Palestin”, selama 24 jam pada 25 Mei lalu.



Selain itu, kerjasama istimewa antara Kerajaan Malaysia dan Touch ‘N Go juga terjalin hari ini. Touch ‘N Go, sebagai CSR
(Corporate Social Responsibility) mereka, telah melancarkan kempen kutipan sumbangan bagi AAKRP.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Sumbangan-sumbangan ini adalah bukti nyata, bahawa rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama, atau fahaman politik, bersatu padu dalam isu kemanusiaan ini.

#WismaPutraMalaysia
#MalaysiaStandsWithPalestine 🇲🇾🇵🇸
#StopTheKillingNow



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button