Rasuah projek lebuh raya: SPRM tahan dua lagi pengarah syarikat

Rasuah projek lebuh raya: SPRM tahan dua lagi pengarah syarikat

SPRM menahan reman dua lagi individu, iaitu dua pengarah syarikat sub kontraktor kerana dipercayai terbabit rasuah bagi pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang. – Foto SPRMKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan reman dua lagi individu, iaitu dua pengarah syarikat sub kontraktor kerana dipercayai terbabit rasuah bagi pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang, bernilai lebih RM1 bilion.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki dan perempuan berusia lingkungan 50-an ditahan di antara jam 5 petang hingga 7 malam semalam, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Susulan penahanan itu, kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.



Perintah reman selama lima hari sehingga Ahad ini dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

“Kedua-dua suspek ialah pengarah dari syarikat yang sama disyaki memberi rasuah kepada pegawai-pegawai badan berkanun sebagai balasan bagi mendapat kerja projek pembinaan lebuh raya yang sebelum ini dijalankan satu syarikat lain,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dua Survey dapati Najib terlalu popular, lalu ada pihak halang pembebasan nya.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button