Saya ingat dia gila talak – Ahmad Zahid

Saya ingat dia gila talak – Ahmad Zahid

Saya ingat dia gila talak - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa. – Foto BH

KUALA LUMPUR: “Saya ingat dia gila talak,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa yang dikatakan membidas kenyataan Zahid malam tadi, berhubung dua projek di Sungai Bakap, Pulau Pinang.

“Ini bukan satu saranan. Bukannya janji tetapi kalau diteliti ucapan saya malam tadi mencadangkan supaya sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang telah dibatalkan (penubuhannya) dihidupkan semula kerana peruntukan sudah ada ketika itu tetapi disalurkan ke tempat lain.



“Munasabah untuk penduduk Nibong Tebal khususnya Sungai Bakap yang terdiri daripada anak-anak India untuk pendidikan di SJKT itu.

“Keduanya, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). Semua daerah telah ada tapi daerah Seberang Perai Selatan (SPS), khususnya Sungai Bakap perlu diwujudkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah GIP Di Perlukan Kerana Projek BRI Bermasalah?




“Saya diberitahu peruntukan sudah ada dan saya mencadangkan supaya peruntukan ini digunakan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap,” katanya selepas menyempurnakan Hari Anugerah Pendidik MARA, hari ini.

Turut hadir Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Seri Azhar Abdul Manaf.

Malam tadi, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, pihaknya akan membantu calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin Johari jika menjadi wakil rakyat di Sungai Bakap, termasuk dalam membina PAWE dan SJKT.



Susulan itu, Annuar mendakwa kenyataan Zahid itu bersifat ugutan kepada pengundi dan dilihat menghina pengundi kawasan itu, seolah-oleh tidak akan diberi projek tertentu jika PH kalah pada PRK itu.

Sementara itu ditanya berkenaan calon bagi kerusi DUN Nenggiri, Ahmad Zahid berkata, pihaknya sudah berunding dengan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

“Prosedur di Gua Musang walaupun senarai pendek telah sampai pada saya tetapi tradisi UMNO Gua Musang adalah membawa nama itu ke mesyuarat dalaman dan akan diadakan pengundian dalaman dalam kalangan jawatankuasa bahagian untuk memilih calon yang mempunyaai elemen ‘WALI’ iaitu boleh menang (winnable), diterima (acceptable) dan disukai (likeable).

“Calon itu juga adalah anak tempatan,” katanya yang turut memaklumkan perkara itu akan dimuktamadkan sebelum penamaan calon dijalankan.



Pada 19 Jun lalu, kerusi DUN Nenggiri dikosongkan selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang ADUN BERSATU mengenai keahlian Mohd Azizi Abu Naim yang digugurkan daripada parti itu.

Saya ingat dia gila talak – Ahmad Zahid

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dua Survey dapati Najib terlalu popular, lalu ada pihak halang pembebasan nya.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button