Tiga lelaki ditahan curi kabel

Tiga lelaki ditahan curi kabel

Tiga lelaki ditahan curi kabel
Hanyan (dua kiri) bersama anggotanya menunjukkan peralatan mencuri kabel yang dirampas selepas berjaya menahan tiga suspek. – Foto NSTP/Rosli Ilham

CHUKAI: Tiga lelaki yang juga ahli ‘Geng Kabel’ dipercayai terbabit kes kecurian kabel telekomunikasi bermutu tinggi ditahan, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 25 hingga 35 tahun ditahan jam 2 pagi.

Katanya, dengan tangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan sebanyak 11 kes kecurian kabel yang aktif sejak Januari hingga hari ini membabitkan kerugian kira-kira RM5 juta.



“Kesemua suspek ditangkap anggota polis dari Pondok Polis Bandar Cheneh Baru yang melakukan rondaan cegah jenayah selepas didapati dalam keadaan mencurigakan.

Hanyan berkata, modus operandi kumpulan terbabit ialah berpura-pura melakukan kerja penyenggaraan pembaikan menara dan talian telekomunikasi pada tengah malam sehingga awal pagi sebelum melarikan kabel dan sebelum dijual di pasaran gelap.

“Kita sedang siasat sama ada mereka ini terbabit dengan kegiatan di luar daerah ini.

“Kita turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang disewa serta peralatan untuk kerja-kerja mencuri kabel,” katanya.



Katanya, siasatan lanjut mendapati perancang utama kegiatan itu mempunyai 13 rekod jenayah lampau sementara dua suspek lagi turut mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Kesemua suspek direman empat hari sehingga Jumaat ini dan kes akan disiasat di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tiga lelaki ditahan curi kabel

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button