Guna King Councel – Ñajib tidak boleh tapi Muhyiddin boleh pula.
Oleh Adam Malik
Guna King Councel – Ñajib tidak boleh tapi Muhyiddin boleh pula.
Jawapan kenapa Tun Mahathir sudah lama tidak menyebut perkataan “penyamun” dan “perompak” kepada UMNO kini sudah diketahui.
Ia kerana beliau telah diaibkan oleh Allah kerana masih tidak dapat mengira jumlah harta keluarga nya sehingga hari ini.
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah beberapa kali memberi tempoh masa tambahan kepada keluarga Mahathir untuk mengisytiar harta nya.
Selain itu, yang amat mengaibkan Mahathir adalah kroni kroni dan orang orang nya sendiri terpalit dengan rasuah berbilion ringgit dan Mahathir sendiri masih bersekongkol dengan perasuah dari Perikatan Nasional , bahkan menjadi ketua kepada mereka sehingga hari ini.
Itu lah sebab Mahathir terkunci mulut dari menyebut perkataan “penyamun” dan “perompak”.
Mahathir juga tidak akan berani memberi komen kenapa kerajaan beliau tidak mendakwa Zeti Aziz yang sah keluarga nya miliki ratusan juta wang 1MDB diakaun bank Singapura.
Zeti telah sah dikatakan menerima sogokan oleh mahkamah Amerika dan sehingga kini Zeti dan suami terus berdiam diri dan mssih bebas.
Semua hal ini menjadikan Mahathir pejuang palsu rasuah yang cakap tidak serupa bikin.
Hal ini juga membuktikan kes 1MDB terhadap DSNR sebuah kes palsu yang direka untuk mengenakan DSNR semata mata.
Ia dilaksanakan dengan bantuan jentera yang Mahathir bentuk dari atas sehingga kebawah (saksi).
Namun tujuan artikel ditulis bukan untuk membuktikan kepalsuan Mahathir dalam hal dakwaan terhadap DSNR sahaja, bahkan untuk menunjukan ketika DSNR dibicara ia telah dilakukan dengan penuh kezaliman dan tiada keadilan.
Hari ini rakyat Malaysia terkejut apabila media melaporkan bahawa Muhyiddin Yassin dengan mudah mendapat restu mahkamah untuk membawa masuk Peguam diRaja dari Engladd atau King Counsel.
Bukan pun satu kesalahan jika ia pun Kluster Mahkamah Mahathir ini mahu membawa masuk KC untuk mewakili dirinya, tapi isu nya kenapa begitu mudah Muhyiddin boleh perolehi nya dan kenapa pula DSNR tidak boleh gunakan KC? (QC ketika itu)
Undang undang rimba mana digunakan ketika menafikan permohonan DSNR dan set undang undang mana pula digunakan untuk mengizinkan Muhyiddin?
Inilah antara kenapa kes1MDB tidak lagi laku dan rakyat tidak percaya kepada kes itu dan Mahathir sendiri larikan diri dari menyebut nya.
Kita masih ingat lagi antara alasan dan argumeh diberi oleh pihak pendakwa dan disetujui oleh mahkamah untuk menafikan DSNR.
Ketika itu alasan untuk nafikan QC (ketika itu masih QC dan belum KC) ) dimohon oleh DSNR adalah konon nya mereka tidak fasih berbahasa Melayu.
Alasan lain adalah tidak faham sangat sistem dan cara undang undang Malaysia dan paling mengelikan hati adalah pendakwa kata ada ribuan pengamal undang undang tempatan kenapa mahu guna KC?
Mahkamah boleh pula setuju dengan semua alasan ini dan terus memutuskan untuk menafikan DSNR hak nya.
Sudah matikah semua peguam peguam dalam negara? Hingga terpaksa engage KC untuk Muhyiddin?
Benar pelabur jauhkan diri benar ringgit tidak pulih pulih, benar syarikat besar lari kenegara lain.
Siapa mahu labur berbilion dengan sistem undang undang semacam ini?
Ia sistem yang dipercayai di manipulasi oleh individu tertentu bahkan perlantikan hakim nya melanggari prosidur JAC.
Rakyat tidak begitu mahu persoal kerana ada akta akan digunakan untuk mendakwa.
Lihat sahaja lah apa yang berlaku sebagai pembuktian sistem sudah pun rosak dan tercemar.