Buruh edar dadah masa PKP dipenjara 30 tahun
Oleh – Syeikh Baran
Perbuatan seorang buruh mengedar dadah jenis methamphetamine sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiga tahun lalu memakan diri apabila dia dihukum penjara 30 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani turut memerintah tertuduh, Mohd. Firdaus Mohd. Zahid, 32, juga dikenakan hukuman 12 sebatan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Mengikut pertuduhan, Mohd. Firdaus didakwa mengedar dadah methamphetamine seberat 299.17 gram di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Kemaman pada pukul 4.50 petang, 12 April 2021.
Pemeriksaan mendapati tertuduh merentas negeri tanpa kebenaran. Polis menjumpai sejumlah dadah yang diletakkan atas kerusi penumpang hadapan.
Sumber – KOSMO! ONLINE