Harga sawit tak kompetitif

Harga sawit tak kompetitif

Harga sawit tak kompetitif
JOHARI melawat reruai selepas Majlis Pelancaran Program Pemindahan Teknologi Sawit (TOT MPOB) di Bandar Baru Bangi.

Bangi: Harga minyak sawit Malaysia akan menjadi tidak kompetitif berbanding negara pengeluar lain jika levi keuntungan luar biasa (WPL) ke atas minyak sawit di negara ini tidak disemak semula.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pihaknya akan meneliti dan menyemak semula WPL sebelum hasil keputusan itu akan dihantar kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, perkara itu juga secara tidak langsung akan menggalakkan penanaman semula tanaman itu apabila produk kelapa sawit menjadi persaingan, sekali gus meningkatkan pelaburan dalam negara.



“Apabila produk ini jadi kompetitif kemudian lebih ramai orang (pelabur) datang dan melabur dalam tanah yang kita sudah ada.

Sementara itu, mengenai jangkaan keputusan perkara berkenaan, Johari berkata, pihaknya akan membentangkan semakan itu kepada MOF untuk pihak berkenaan memahami secara tuntas mengenainya.

“Ia untuk pastikan mereka faham kenapa pentingnya untuk kita galakkan penanaman semula supaya produk kita lebih kompetitif dan meningkatkan hasil yang tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, Johari berkata, Malaysia mempunyai 5.7 juta hektar tanah untuk penanaman kelapa sawit dan negara mengeksport lebih kurang 15 juta tan.

“Jadi, sudah tentu kalau kita banyak buat pembangunan dan penyelidikan (R&D) banyak produk kelapa sawit kita boleh buat untuk aktiviti hiliran atau produk hiliran seperti produk gris gred makanan terbiodegradasi berasaskan sawit,” katanya.

 



Harga sawit tak kompetitif

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wabak Salah Najib Bermula Lagi



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button