Lebih 100 pejuang terbunuh dalam operasi ketenteraan di Niger

Oleh – Syeikh Baran


Lebih 100 pejuang terbunuh dalam operasi ketenteraan di Niger
Foto AGENSI

Tentera Niger mengesahkan lebih 100 pejuang yang dikaitkan dengan Al-Qaeda dan kumpulan DAESH berjaya ditumpaskan dalam operasi udara dan darat sebagai tindak balas serangan maut terhadap tentera berhampiran sempadan Burkina Faso, hujung bulan lalu.

Menurut tentera, operasi memburu lebih ramai pejuang itu masih diteruskan sehingga kini.



“Lebih 100 anggota sudah ditewaskan sehingga kini,” katanya dalam buletin terbaharunya.

 

Dalam serangan membabitkan gabungan kumpulan bersenjata di wilayah Tera di barat Niger, 25 Jun lalu, ia menyebabkan 20 tentera dan seorang awam terbunuh.

Pada masa sama, menurut tentera, sehari selepas serangan itu, pihaknya menumpaskan 30 pejuang di wilayah itu, selain memusnahkan senjata mereka.

Serangan yang berlaku turut menyebabkan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal.



Tera terletak di wilayah Tillaberi bersempadan dengan Mali dan Burkina Faso yangi mana pemberontak yang dikaitkan dengan Al-Qaeda dan DAESH melancarkan pemberontakan berdarah selama hampir sedekad.

Kawasan itu menjadi laluan kargo dari pelabuhan Togol Lome, melalui utara Burkina Faso.

Sumber – BERITA HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button