Majlis Profesor Negara Di Dakwa Salah Guna Dana Kerajaan, Tak Nak Salahkan Najib Ker?
Majlis Profesor Negara Di Dakwa Salah Guna Dana Kerajaan, Tak Nak Salahkan Najib Ker?
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) siri 2/2024 Majlis Profesor Negara (MPN) menyalahgunakan pembiayaan kewangannya.
Menurut laporan LKAN, MPN sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) yang dikawal selia Jabatan Perdana Menteri (JPM).
MPN didapati membiayai operasi dua syarikat persendirian berjumlah RM373,516.
MPN juga didapati membayar elaun besar RM207,000 kepada pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tanpa kelulusan menteri.
Pindaan Artikel Pertubuhan pada tahun 2019 juga mengakibatkan objektif MPN tidak lagi selari dengan matlamat asal penubuhannya.
Dan kerajaan tiada kawalan terhadap MPN.
Dua ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) tidak mengisytihar kepentingannya sebagai pemilik saham kepada dua syarikat persendirian selaras dengan Akta Syarikat 2016 (Akta 777).
LKAN mengesyorkan supaya JPM mengkaji semula status MPN sebagai syarikat di bawah seliaan kerajaan.
Status MPN perlu diputuskan sebelum dipertimbangkan sama ada penyaluran peruntukan geran wajar diteruskan atau sebaliknya.
Dalam memberikan respon, MPN menafikan telah menyalahgunakan dana kerajaan yang mereka terima.
Kerajaan telah membuat keputusan membubarkan organisasi ini secara serta-merta berkuatkuasa pada 23 Mei 2018 lalu.
MPN telah mengambil inisiatif-inisiatif tertentu untuk menentukan kelangsungannya.
Di samping membuat pindaan terhadap perlembagaannya selaras dengan kedudukan dan statusnya itu.
MPN diterima semula beroperasi di bawah naungan kerajaan dan menerima dana tahunan mulai Januari 2022.
Kenyataan itu juga berkata, MPN merupakan sebuah entiti di bawah Jabatan Perdana Menteri yang melapor kepada Menteri Pengajian Tinggi.
Kesimpulannya, lapuran LKAN adalah betul dan kenyataan balas MPN juga tidak salah.
Jadi, tak nak salahkan Najib ker?
Majlis Profesor Negara Di Dakwa Salah Guna Dana Kerajaan, Tak Nak Salahkan Najib Ker?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Kewujudan Atau Keabsahan Titah Adendum Yang Di Tolak Mahkamah
- Apa Tindakan Pemimpin UMNO Selepas Permohonan DS Najib Di Tolak?
- Misteri Takrifan Hearsay Yang Mengelirukan