Olimpik Paris: Separuh akhir jadi sasaran Azeem

Olimpik Paris: Separuh akhir jadi sasaran Azeem

Olimpik Paris: Separuh akhir jadi sasaran Azeem
AZEEM meletakkan sasaran awal untuk layak ke separuh akhir pada temasya Sukan Olimpik Paris atau sekurang-kurangnya mampu meleburkan rekod kebangsaan.

PENAMPILAN sulung pada temasya Sukan Olimpik di Paris, Perancis yang membuka tirainya 26 Julai ini bukanlah sekadar kejohanan ‘makan angin’ buat jaguh pecut 100 meter (m) kebangsaan, Muhammad Azeem Fahmi.

Sebaliknya, pemegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan masa 10.09 saat (s) itu menggalas misi tersendiri apabila meletakkan sasaran awal untuk melangkah ke pentas separuh akhir pada temasya sukan terbesar dunia itu.

Sedar bakal berentap dengan pelari-pelari terbaik dunia di Olimpik Paris nanti, Azeem menegaskan, dia akan ke Paris nanti dengan objektif untuk memperbaiki catatan terbaik musim ini selain cuba memperbaharui rekod kebangsaan.



“Kita tahu bahawa sudah lama kita tidak ada pelari pecut yang beraksi di pentas Olimpik. Jadi, dengan peluang diberikan pada usia 20 tahun, saya akan cuba yang terbaik untuk sekurang-kurangnya melangkah ke pentas separuh akhir.

“Olimpik adalah pentas yang besar, sudah tentu ada sasaran mahu dicapai. Sekurang-kurangnya meleburkan rekod kebangsaan ataupun melakukan catatan terbaik musim ini kerana saya percaya pada diri sendiri,” kata atlet kelahiran Teluk Intan, Perak itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dua Survey dapati Najib terlalu popular, lalu ada pihak halang pembebasan nya.




Terdahulu, Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan keputusan untuk memberikan tiket wildcard ke Olimpik Paris kepada Azeem selepas mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Atlet KOM.

Pengumuman itu sekali gus menamatkan persoalan mengenai siapakah yang lebih layak untuk diberikan tiket wildcard berkenaan, sama ada Azeem ataupun ratu 400m negara, Shereen Samson Vallabouy.

“Berita (wildcard) ini satu motivasi untuk saya melakukan lebih baik, terutamanya dari segi latihan dan pemulihan. Ada kurang sebulan sahaja lagi ke Olimpik, jadi dalam tempoh singkat ini, saya akan fokus kepada penjagaan badan,” ujar Azeem.

Kelmarin, Azeem bersama Mohammad Thaqif Mohammad Hisham, Aliff Iman Mohd. Fahimi dan Mohd. Raimi Mustafa Kamal menyumbang emas buat kontinjen negara dalam acara 4x100m pada temasya Sukan Universiti Asean (AUG) 2024.



Olimpik Paris: Separuh akhir jadi sasaran Azeem

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wabak Salah Najib Bermula Lagi




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button