Pemimpin UMNO Sedang Lakukan Sesuatu Tapi Tak Boleh Beritahu, Haa Gituuu
Pemimpin UMNO Sedang Lakukan Sesuatu Tapi Tak Boleh Beritahu, Haa Gituuu
Kalau ada tuduhan yang mengatakan pemimpin UMNO berdiam diri serta berpeluk tubuh selepas mahkamah menolak permohonan DS Najib, penulis tak setuju.
Dari risikan detektif Conan, pemimpin UMNO sekarang sedang bertungkus lumus melakukan sesuatu untuk membantu bekas presiden UMNO tersebut.
Tetapi macam biasalah, pemimpin UMNO nie low profile.
Setiap perancangan dan gerakan yang mereka lakukan, mereka tidak suka di gembar-gemburkan.
Mereka lebih selesa dilihat sebagai pemimpin yang lebih bekerja dan kurang bercakap.
Sebab itu mereka kurang senang bila ada akar umbi kata mereka sedang lena, walau pun realitinya memang mereka tengah lena.
Berbalik kepada isu mahkamah menolak permohonan DS Najib untuk membuat semakan kehakiman mengenai titah adendum Di Raja.
Siapa kata pemimpin UMNO tidak melakukan sesuatu.
Cuma kita kena fahamlah, gerakan mereka adalah rahsia negara, ala ala gerakan under ground, haa gitu.
Kalau dah nama pun gerakan under ground, sudah tentulah ianya tidak boleh diberitahu dan hanya mereka sama mereka saja yang boleh tahu.
Jangan kita desak untuk dapat melihat hasilnya dalam masa yang singkat.
Kan biasa hasil dari gerakan under ground akan ambil masa yang agak panjang untuk dilihat hasilnya.
Paling tidak pun antara 2 hingga ke 3 tahun, atau lebih tepat hasilnya dapat kita lihat bila PRU 16 dah dekat.
Tetapi nasihat penulis kepada pemimpin UMNO, jangan terlalu lama sangat leka dengan gerakan under ground tu.
Bukan apa, takut nanti dalam PRU 16, akar umbi UMNO betul-betul letak pemimpin UMNO di under ground buat selama-lamanya.
Jangan pula nanti kata penulis tak ingatkan.
Pemimpin UMNO Sedang Lakukan Sesuatu Tapi Tak Boleh Beritahu, Haa Gituuu
Di Syorkan Untuk Anda:
- Kewujudan Atau Keabsahan Titah Adendum Yang Di Tolak Mahkamah
- Apa Tindakan Pemimpin UMNO Selepas Permohonan DS Najib Di Tolak?
- Misteri Takrifan Hearsay Yang Mengelirukan