Sah rangka itu Hafiz Fauzan – Bapa

Oleh – Syeikh Baran


Sah rangka itu Hafiz Fauzan – Bapa
Hafiz Fauzan.

“Alhamdulillah semua sudah selesai. Apa yang ditunggu-tunggu sudah berakhir,” kata Abd Halid Sugiman, 44.

Abd Halid bersyukur selepas menerima keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang mengesahkan rangka manusia ditemui di kebun durian berdekatan Kompleks Panghulu Mukim Linau, akhir bulan lalu, sah merupakan anaknya Hafiz Fauzan, 17.



Katanya, keputusan itu diperolehi sekitar pukul 4.43 petang selepas dihubungi polis bagi memaklumkan hasil ujian DNA yang dijalankan di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.

Beliau memaklumkan proses tuntutan jenazah akan dibuat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat, pagi esok untuk dikebumikan.

Hafiz Fauzan yang merupakan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama Parit Raja dilaporkan hilang selepas keluar menonton perlawanan bola sepak, bersama rakannya pada malam 26 Mei di Parit Ju, Tongkang Pechah, namun didapati tidak pulang ke rumah keesokan hari.

Pelbagai usaha dilakukan keluarga untuk mencari Hafiz Fauzan yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik itu.



Pada 25 Jun lalu, rangka manusia ditemui bersama sebuah motosikal hampir sama digunakan Hafiz Fauzan berdasarkan nombor pendaftaran seperti yang dihebohkan ahli keluarganya di media sosial selepas kehilangannya.

Turut ditemui jaket dan juga topi keledar dipercayai digunakan mangsa manakala rangka miliknya pula ditemui celah pokok dalam kebun durian oleh pekerja pemotong rumput pada 11.15 pagi.

Susulan penemuan itu, kedua-dua ibu bapa Hafiz Fauzan, Abd Halid dan Zuraidah Zainuddin, 45, diambil sampel air liur dan darah untuk ujian DNA.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button