Suspek larikan wang tunai masuk ke negara ini sebagai pelajar

Oleh – Syeikh Baran


Suspek larikan wang tunai masuk ke negara ini sebagai pelajar
Gambar Hiasan

Empat warga asing yang ditahan selepasĀ melarikan wang tunai RM360,966 milik lelaki tempatan di Jalan Sulaiman 1, di sini, minggu lalu masuk ke negara ini sebagai pelajar.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis mendapati suspek tiga lelaki dan seorang wanita warga asing berusia antara 24 hingga 37 tahun yang ditahan di Persiaran TRX dan Jalan Razak Mansion, Kuala Lumpur itu masuk ke negara ini sebagai pelajar.



Ringkasan Berita
  • Empat warga asing masuk ke negara ini sebagai pelajar
  • Polis sedang siasat dan kesan baki wang yang belum ditemui

“Kita juga sedang menyiasat dan mengesan baki wang yang belum ditemui itu,” katanya kepada Harian Metro.

Harian Metro semalam melaporkan berpura-pura terbabit urusan jual beli emas, sebelum menyamun mangsa. Taktik itu digunakan empat warga asing sebelum melarikan wang tunai RM360,966 milik lelaki tempatan di Jalan Sulaiman 1, di sini, minggu lalu.

Kecekapan polis bagaimanapun berjaya menahan semua mereka pada 28 Jun dan 29 Jun lalu, dengan dua daripadanya direman hingga 12 Julai dan dua lagi hingga 16 Julai.

Namun, seorang lagi suspek dipercayai terbabit kes itu masih dalam buruan.



Kejadian berlaku pada 4.20 petang, 24 Jun lalu selepas mangsa berusia 45 tahun dibawa menaiki kereta untuk ke pejabat suspek bagi bertemu seorang lelaki didakwa berminat menjual jongkong emas.

Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button