Telco janji tiada kos tambahan kepada pengguna bagi rangkaian 5G kedua

Telco janji tiada kos tambahan kepada pengguna bagi rangkaian 5G kedua

Telco janji tiada kos tambahan kepada pengguna bagi rangkaian 5G kedua
FAHMI (empat, kiri) menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Kementerian Komunikasi mengesahkan bahawa pengendali rangkaian mudah alih (MNO) yang mengambil bahagian dalam rangkaian 5G kedua Malaysia tidak akan memindahkan sebarang kos kepada pengguna.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata MNO telah memberi jaminan bahawa tiada kos tambahan dikenakan terhadap pengguna selepas pelancaran rangkaian kedua.

“Kami mempunyai komitmen daripada semua Ketua Pegawai Eksekutif (Telco) melalui perbincangan, dan tidak ada isu mengenai kos tambahan untuk pengguna.



“Perkara ini dijanjikan kepada saya, dan kita berpegang kepada janji itu,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

MCMC diberi tanggungjawab memilih penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih bagi membangunkan rangkaian 5G kedua Malaysia, bermula dengan proses AIP (Pakej Maklumat Aplikasi) pada 1 Julai.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dua Survey dapati Najib terlalu popular, lalu ada pihak halang pembebasan nya.




Pada 1 Disember lepas YTL Power International Bhd, CelcomDigi Bhd, Maxis Bhd, dan U Mobile Sdn Bhd memuktamadkan perjanjian langganan saham dengan DNB dan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) yang membuka laluan untuk peralihan kepada model Rangkaian Pemborong Dwi 5G (DWN).

Fahmi berkata kerajaan komited sepenuhnya untuk memastikan model dwi-rangkaian itu menggalakkan persaingan sihat dalam sektor telekomunikasi sambil memastikan kemampanannya dan meningkatkan kesalinghubungan untuk rakyat.

“Pada masa yang sama, ia (pelaksanaan model dwi-rangkaian) tidak akan menyebabkan implikasi besar kepada kewangan kerajaan,” katanya.

Telco janji tiada kos tambahan kepada pengguna bagi rangkaian 5G kedua

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wabak Salah Najib Bermula Lagi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button