Wabak Salah Najib Bermula Lagi

Wabak Salah Najib Bermula Lagi

Wabak Salah Najib Bermula Lagi

 

Malaysiakini melapurkan berita yang bertajuk Belanja RM3.9 bilion, namun projek Sungai Nadi Kehidupan era Najib gagal.

Penulis tidak menafikan kebenaran berita yang dilapurkan.



Tetapi, apa yang menarik perhatian penulis adalah bagaimana kegagalan projek River of Life disiapkan mengikut masa yang ditetapkan cuba dikaitkan dengan DS Najib.

Sebenarnya projek tersebut bukan gagal sepenuhnya, cuma ia gagal disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.

Projek River of Life adalah projek pemulihan dan penghijauan sungai yang bertujuan untuk menjadikan Sungai Klang dan kawasan sekitarnya sebagai destinasi tarikan pelancong.

Ia juga akan menyediakan tempat tinggal yang lebih baik bagi penduduk tempatan.



Memang benar projek River of Life diilhamkan oleh DS Najib dan dimulakan di era pemerintahan beliau.

Anggaran kos yang diperuntukkan ketika ia dilancarkan pada tahun 2011 adalah sebanyak RM4.4 bilion.

Tetapi harus diingat, projek tersebut dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020.

Dan kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh Dr Mahathir juga terlibat sama di dalam projek tersebut.



Malah, kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui Muhyiddin Yasin serta kerajaan Keluarga Malaysia yang diterajui Ismail Sabri juga terlibat sama.

Ini bermakna 5 perdana menteri, termasuk yang ada sekarang juga terlibat sama dalam projek River of Life.

Kalau nama DS Najib dikaitkan kerana beliau adalah Menteri Kewangan ketika itu, apakah selepas kejatuhan kerajaan Barisan Nasional, negara tidak mempunyai Menteri Kewangan?

Bagaimana pula dengan 6 orang Menteri Wilayah Persekutuan yang memegang jawatan sejak dari 2011 hingga sekarang?



Adakah mereka tidak terlibat secara langsung atau pun secara tidak langsung?

Portal yang sama juga ada melapurkan salah guna dana bernilai ratusan ribu ringgit oleh Majlis Profesor Negara.

Lapuran audit yang mengesan perbuatan tersebut adalah untuk tahun kewangan dari 2019 hingga 2023.

Tidak disebutkan pula ianya dilakukan diera pemerintahan siapa.



Oh, penulis lupa, ianya tidak disebutkan kerana ketika itu bukan lagi era pemerintahan DS Najib!!!

 

Wabak Salah Najib Bermula Lagi

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button