F1: Verstappen, Norris sudah ‘berdamai’

F1: Verstappen, Norris sudah ‘berdamai’

F1: Verstappen, Norris sudah ‘berdamai’
VERSTAPPEN (kiri) sudah melupakan pergaduhannya dengan Norris (kanan) sewaktu saingan GP Austria minggu lalu. – AFP

LONDON – Juara dunia tiga kali daripada pasukan Red Bull, Max Verstappen mengakui sudah melupakan ‘tragedi’ bersama jaguh McLaren, Lando Norris menjelang saingan Formula Satu (F1) saingan Grand Prix (GP) Britain di Litar Silverstone malam esok.

Sebagai rekod, misi Verstappen untuk muncul juara GP Austria di Litar Red Bull Ring minggu lalu tidak kesampaian selepas dilanggar Norris ketika perlumbaan berbaki tujuh pusingan sekali gus memberi ruang buat wakil Mercedes, George Russell muncul juara.

Pada awalnya, Norris mengkritik cara pemanduan Verstappen dan mahu pendahulu carta kejuaraan dunia itu memohon maaf secara terbuka.



Namun, Verstappen mengakui tidak peduli dengan tuntutan tersebut, sebaliknya berharap dapat bangkit semula menjuarai GP Britain nanti.

“Saya langsung tidak pedulikan apa yang terjadi (ketika itu) kerana lebih baik biarkan ia berlalu pergi. Namun, saya kekal menghormati Norris kerana di luar litar kami merupakan sahabat yang cukup akrab.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wabak Salah Najib Bermula Lagi




“Mungkin ketika perlumbaan emosi kami berdua tidak begitu stabil dan berharap apa yang berlaku mematangkan kami berdua untuk terus mengharungi baki saingan F1 musim ini dengan kompetitif.

“Yang penting, saya sentiasa mengamalkan semangat kesukanan yang tinggi dan saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Norris pada perlumbaan di Silverstone nanti,” katanya.

Verstappen kini mendahului carta kategori pemandu dengan mengutip 237 mata dengan Norris di kedudukan kedua selepas meraih 156 mata musim ini. – AGENSI

F1: Verstappen, Norris sudah ‘berdamai’

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Era PN Selesai Masalah Dengan Guna Hasil Negara Atau Buat Masalah Dengan Jarah Hasil Negara?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button