Mamat Mengaku Sebar Maklumat Dalaman

Tetap Terima Layanan Baik Oleh Polis

Mamat Mengaku Sebar Maklumat Dalaman

“Ya, Memang Saya Yang Ditahan Reman”

Mamat Mengaku Sebar Maklumat Dalaman

Pelawak terkenal, Mamat Sepah atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad, telah mengesahkan bahawa beliau dan isterinya, Nordiana Ibrahim, ditahan reman baru-baru ini berhubung penyebaran maklumat dalaman Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram.



Dalam satu kenyataan kepada Harian Metro, Mamat menjelaskan bahawa penahanan mereka adalah sebahagian daripada siasatan yang masih berjalan.

Mamat Mengaku Sebar Maklumat Dalaman

 

“Ya, memang saya yang ditahan reman berhubung kes tular baru-baru ini. Alhamdulillah, keadaan saya macam biasa saja lagipun ia masih dalam peringkat siasatan lagi,” kata Mamat.



Beliau turut mengesahkan bahawa dirinya dan isteri telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dan menerima layanan baik sepanjang tempoh siasatan.

Menurut Mamat, tidak ada isu atau masalah lain yang timbul sepanjang tempoh reman. Namun, apabila ditanya mengenai dakwaan penyebaran maklumat itu, Mamat memilih untuk tidak mengulas lanjut dan menyerahkan perkara tersebut kepada peguamnya.

Mamat Mengaku Sebar Maklumat Dalaman

 



Selepas menjalani tempoh reman, Mamat dibebaskan pada petang Khamis, manakala isterinya yang juga seorang anggota polis dibebaskan dua hari selepas ditahan.

Peguam yang mewakili Mamat, Muhammad Fadhli M. Sutris, menyatakan bahawa kes tersebut masih dalam siasatan dan menasihatkan orang ramai untuk berhenti membuat sebarang spekulasi di media sosial yang boleh mengganggu proses siasatan.

“Kes ini akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dan perkara ini akan dinilai untuk tindakan selanjutnya. Proses siasatan masih dijalankan dan saya menasihatkan kepada semua jangan memberikan komen atau buat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis,” kata Muhammad Fadhli.

Mamat Mengaku Sebar Maklumat Dalaman



 

Terdahulu, Murai My ada melaporkan bahawa seorang pelawak dan isterinya telah direman selama dua hari bermula Isnin lalu untuk membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat dalaman IPD Shah Alam di Telegram.

Penahanan ini menimbulkan pelbagai spekulasi dan perbincangan di media sosial, namun Mamat dan peguamnya menekankan bahawa kes ini masih dalam peringkat siasatan dan meminta agar semua pihak memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button