Mayat penyeludup dijumpai lemas di Sungai Golok

Oleh –  Syeikh Baran


Mayat penyeludup dijumpai lemas di Sungai Golok
Mayat mangsa dijumpai terapung kira-kira tiga meter dari lokasi dia dipercayai terjun ke dalam Sungai Golok dekat pos kawalan PGA Pulai, Pasir Mas hari ini. Foto IHSAN BOMBA

Mayat seorang lelaki disyaki penyeludup yang terjun ke dalam Sungai Golok dekat pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) Pulai, di sini malam tadi akhirnya dijumpai hari ini selepas 21 jam hilang.

Lelaki berusia 41 tahun itu ditemui terapung kira-kira pukul 5 petang tadi oleh penduduk kampung selepas hilang di dalam sungai berkenaan pada pukul 8 malam semalam semasa melarikan diri ketika serbuan pihak polis.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Mohd. Azmi Hussin berkata, mayat lelaki itu dijumpai kira-kira tiga meter dari lokasi dia dipercayai terjun.

“Mayat mangsa terapung setengah jam kemudiannsebelum dilihat oleh sekumpulan penduduk kampung yang berada di situ. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang lelaki yang disyaki penyeludup dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam Sungai Golok dekat pos kawalan PGA Pulai, di sini malam tadi.

Mangsa hilang di dalam sungai berkenaan kira-kira pukul 8 malam selepas dipercayai melarikan diri semasa serbuan pihak polis.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button