Noh Omar Terpaksa Tunggang Nama Najib Untuk Di Lihat Masih Relevan
Noh Omar Terpaksa Tunggang Nama Najib Untuk Di Lihat Masih Relevan
Siapa sahaja di negara kita bebas menentukan parti politik mana yang akan mereka sokong atau sertai.
Begitu juga dengan politikus, sama ada yang sedang popular atau yang sudah sendu, mahu pun yang sudah tidak relevan.
Mereka bebas untuk menyertai atau melompat ke mana-mana parti politik yang boleh menerima mereka.
Sedikit kekangan kepada politikus yang bergelar ahli Dewan Rakyat atau pun ahli Dewan Undangan Negeri, mereka terikat dengan Akta Anti Lompat Parti.
Baru-baru ini, politikus sendu yang menghampiri tidak relevan, Noh Omar, mengumumkan menyertai parti PPBM.
Sebenarnya tidak ada siapa pun kesah dengan penyertaan Noh Omar ke parti PPBM.
PPBM sendiri pun sebenarnya tidak kesah dengan keputusan Noh Omar, sebab itu tidak ada majlis untuk mengalu-alukan penyertaan beliau bersama PPBM.
Sebagaimana yang Noh Omar sendiri akui, permohonan beliau untuk menyertai PPBM hanya dibuat melalui atas talian.
Kesiannya, tidak ada gambar majlis penyerahan borang permohonan kepada pemimpin PPBM…ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Menyedari keadaan itu, terpaksalah Noh Omar melakukan sesuatu untuk menagih perhatian.
Noh Omar mengambil kesempatan dari keputusan mahkamah yang menolak permohonan DS Najib untuk semakan kehakiman mengenai titah adendum Di Raja.
Jadi, dipanggil wartawan untuk memberitahu kononnya tindakan beliau menyertai PPBM kerana simpati dengan nasib DS Najib.
Tapi, ibarat bunga kembang tak jadi, nak kata batang bukan batang, nak kata bunga, tak kembang.
Harapan untuk disanjung dan dipuji kerana di lihat sebagai makhluk terpaling simpati dan terpaling kesah atas nasib DS Najib, menjadi sebaliknya.
Pujian yang diharapkan, tetapi yang dapat adalah cercaan dan cacian.
Soalan penulis, bila kali terakhir Noh Omar bertemu atau bercakap dengan DS Najib…😜😜😜
Sangat jelas pada penulis, Noh Omar bukan strategis politik yang bijak.
Tak hairan pengaruh UMNO semakin merudum di Selangor di bawah kepimpinan beliau.
Tindakan bijak UMNO kerana memecat makhluk seperti Noh Omar.
Good luck to PPBM.
Noh Omar Terpaksa Tunggang Nama Najib Untuk Di Lihat Masih Relevan
Di Syorkan Untuk Anda:
- Wabak Salah Najib Bermula Lagi
- Pemimpin UMNO Sedang Lakukan Sesuatu Tapi Tak Boleh Beritahu, Haa Gituuu
- Majlis Profesor Negara Di Dakwa Salah Guna Dana Kerajaan, Tak Nak Salahkan Najib Ker?