Shakilla Khoriri gigih jual sambal demi anak

Tolak tepi rasa penat, ... Berhabis wang simpanan buat modal niaga

Shakilla Khoriri gigih jual sambal demi anak

Shakilla Khoriri gigih jual sambal demi anak
Shakilla hasilkan resepi ikut citarasa sendiri.

DUA matlamat utama menjadi pegangan buat pelakon Shakilla Khoriri dalam memulakan perniagaan berasaskan makanan sejak beberapa bulan lalu.

Kata Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, dia sanggup melupakan seketika penat lelah dilalui sepanjang menguruskan perniagaan demi memberikan yang terbaik buat insan disayangi.

Bagi aktres ini juga, anaknya iaitu Ameena Sofia merupakan pendorong untuk dia tidak mengalah mencuba sesuatu baharu.



Shakilla Khoriri gigih jual sambal demi anak
Masa depan anak menjadi keutamaan Shakilla.

“Sampai bila saya mahu bergantung kepada dunia seni. Saya juga ada anak, jadi perlu buat sesuatu untuk masa depan kami.

“Saya mahu beri kehidupan dan pendidikan terbaik buat anak. Selain itu saya mahukan ibu bapa tidak lagi bekerja dan mereka boleh duduk rumah nikmati hari itu. Itulah dua pegangan saya dalam memulakan pernigaan ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wabak Salah Najib Bermula Lagi




“Sebab itu saya tolak tepi emosi, penat atau masa untuk diri sendiri. Buat masa sekarang saya dahulukan mereka ini dalam hidup,” katanya kepada mStar.

Bercakap tentang produk Garlic Chilli Oil yang diusahakan, Shakilla juga tidak menyangka dia kini berjaya membuka sebuah kedai yang juga menjadi tempat pemprosesan makanan berkenaan.

Namun untuk sampai ke tahap ini, Shakilla berkata dia terpaksa mengeluarkan pelaburan besar bagi perniagaan yang sebelum ini diusahakan dari rumah.

“Jujur saya katakan, duit simpanan hampir habis untuk mulakan perniagaan ini bagi membuka kedai sendiri. Banyak perkara yang perlu diuruskan. Pelaburannya sangat banyak namun saya percaya semua ini akan terbalas.



Biarlah tidak untung besar atau rugi sedikit. Apa yang penting adalah setiap pelanggan berpuas hati dengan produk makanan saya

SHAKILLA KHORIRI

PELAKON

“Pada awalnya saya tidak terfikir pun nak jual produk ini. Ia bermula selepas saya sendiri rasa garlic chilli oil di restoran yang tidak kena dengan tekak, jadi saya cuba buat sendiri dan rasa sedap.

“Bahan apa yang saya masak di rumah untuk makan sendiri, itu juga saya gunakan dalam resepi ini. Saya tidak beli barang mentah yang murah kerana setiap botol terjual kepada pelanggan adalah tanggungjawab saya.

“Biarlah tidak untung besar atau rugi sedikit. Apa yang penting adalah setiap pelanggan berpuas hati dengan produk makanan saya,” ujarnya.

 



Shakilla Khoriri gigih jual sambal demi anak
Shakilla berpuas hati dapat usahakan sendiri membuka premis memproses produk makanan.

Sementara itu Shakilla juga memberitahu dia kini memperlahankan kerjaya lakonan kerana mahu memberikan fokus terhadap perniagaan.

“Macam mana saya nak selitkan waktu shooting kalau setiap Isnin hingga Jumaat saya memang sibuk di kedai selain urusan keluarga di rumah. Mungkin dalam tempoh satu atau dua tahun ini saya rehat dahulu. Biarlah perniagaan saya stabil.

“Namun saya tidak pernah kata mahu berhenti berlakon kerana itu adalah jiwa dan minat. Akan ada masa sesuai untuk saya kembali,” jelasnya.

Shakilla Khoriri gigih jual sambal demi anak

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Era PN Selesai Masalah Dengan Guna Hasil Negara Atau Buat Masalah Dengan Jarah Hasil Negara?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button