EPL: Arne Slot yakin kekal kegemilangan Klopp

EPL: Arne Slot yakin kekal kegemilangan Klopp

EPL: Arne Slot yakin kekal kegemilangan Klopp
SLOT memulakan tugasnya sebagai pengendali baharu Liverpool bermula kelmarin. – FB LIVERPOOL

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Arne Slot mengakui langsung tidak merasai tekanan dengan status ‘pendatang baharu’ selepas menggantikan posisi pengendali legenda, Jurgen Klopp yang meletakkan jawatan pada musim lepas.

Sebagai rekod, Klopp telah mencapai status antara pengendali elit di Anfield selepas mengharungi sembilan musim yang gemilang sejak bergelar pengurus pada tahun 2015.

Kini, Slot percaya beliau merupakan individu yang tepat untuk memacu The Reds ke arah kegemilangan meskipun masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).



“Ketika Klopp hadir di sini (Anfield) buat kali pertama, dia cakap dia seorang yang normal, tetapi apa yang terjadi bukanlah situasi biasa-biasa kerana banyak kejayaan telah tercipta di sini termasuk memastikan pasukan menerap corak permainan menarik.

“Sudah tentu bukan tugas mudah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Klopp tetapi saya percaya barisan pemain yang ada di sini memiliki kualiti.

“Tugas saya sekarang adalah untuk menyesuaikan diri dan pastikan mereka bersedia memberi sepenuh tenaga,” katanya pada sidang media rasmi pertama di Anfield kelmarin.

Sementara itu, Slot belum ada perancangan untuk mendapatkan pemain baharu kerana pasukan Liverpool sudah menandatangani beberapa tonggak berkualiti pada jendela perpindahan lepas.

“Saya lihat dalam senarai pemain kita baru sahaja menandatangani beberapa muka baharu musim lepas dan saya percaya mereka mampu menunjukkan peningkatan apabila saingan musim baharu bermula bulan depan,” katanya. – AGENSI

EPL: Arne Slot yakin kekal kegemilangan Klopp

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Era PN Selesai Masalah Dengan Guna Hasil Negara Atau Buat Masalah Dengan Jarah Hasil Negara?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button