Foodpanda, KWSP bekerjasama bantu pekerja gig buat caruman setiap bulan
Foodpanda, KWSP bekerjasama bantu pekerja gig buat caruman setiap bulan
Kuala Lumpur: Foodpanda Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), semalam, menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang akan memberi jaminan kewangan dan manfaat kepada 50,000 pekerja gig sebagai rakan penghantar Foodpanda.
MoU ini membolehkan rakan penghantar Foodpanda mencarum setiap bulan ke akaun KWSP melalui program i-Saraan, iaitu program simpanan secara sukarela bagi memastikan masa depan yang lebih terjamin.
Pengarah Operasi Foodpanda Malaysia, Shubham Saran berkata, rakan penghantar memainkan peranan yang penting dalam ekosistem syarikat itu.
“Sebagai sebahagian daripada inisiatif ‘panda hearts’, kami terus memperbaiki apa yang kami lakukan untuk meningkatkan pengalaman penghantaran mereka.”Kami berhasrat untuk menyediakan sumber dan sokongan yang mereka perlukan untuk berjaya dalam peranan masing-masing,” katanya pada majlis memeterai MoU itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Majlis Profesor Negara Di Dakwa Salah Guna Dana Kerajaan, Tak Nak Salahkan Najib Ker?
- Pemimpin UMNO Sedang Lakukan Sesuatu Tapi Tak Boleh Beritahu, Haa Gituuu
MoU itu ditandatangani Ketua Pegawai Operasi KWSP, Sazaliza Zainuddin, manakala Shubham mewakili Foodpanda Malaysia.
Foodpanda akan bekerjasama dengan KWSP untuk mendidik rakan penghantar mengenai kepentingan dan kemudahan menyimpan untuk persaraan mereka melalui KWSP.
Untuk melakukannya, kedua-dua pihak akan mengadakan ceramah mengenai perancangan persaraan dan kewangan serta membantu rakan penghantar mendaftar dan menyediakan akaun KWSP.
Kedua-dua pihak akan menyediakan kaunter pendaftaran di acara rakan penghantar, termasuk pertukaran beg di seluruh negara.
Selain itu, kerjasama untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakan penghantar termasuk melalui aktiviti di lapangan.
Sistem baharu juga akan dilaksanakan, membolehkan rakan penghantar memilih untuk sumbangan automatik kepada akaun KWSP, yang difasilitasi oleh Foodpanda.
Saran menambah, Foodpanda Malaysia berharap dapat meneruskan perkongsian dengan KWSP untuk memperkenalkan lebih banyak faedah kepada rakan penghantar pada masa hadapan.
“Kami menggalakkan semua rakan penghantar untuk mendaftar dan mula proses penjimatan hari ini,” katanya.
Foodpanda, KWSP bekerjasama bantu pekerja gig buat caruman setiap bulan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Noh Omar Terpaksa Tunggang Nama Najib Untuk Di Lihat Masih Relevan
-
Guna King Councel – Ñajib tidak boleh tapi Muhyiddin boleh pula.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Era PN Selesai Masalah Dengan Guna Hasil Negara Atau Buat Masalah Dengan Jarah Hasil Negara?