Bapa sedih, anak perempuan kahwin tanpa wali
Oleh – Syeikh Baran
Seorang bapa menumpahkan air mata selepas mengetahui anak perempuannya berkahwin dengan guru di sekolah pondok tanpa kebenarannya, lapor saluran TV One news semalam.
Lebih menyayat hati apabila gadis itu masih di bawah umur dan sedang hamil. Dia turut bersetuju untuk berkahwin kerana dijanjikan syurga.
“Dia akad (nikah) sendiri (tanpa kebenaran dan wali). Menurut saya, saya gagal menjadi bapa yang baik. Kalau berkaitan anak, tak pilih kasih. Semua sayang.
“Nama pun anak, semestinya saya sakit hati, Tak sanggup lihat anak saya trauma,” kata bapa mangsa yang bernama Mat Rokim sambil menangis.
Mat Rokim meluahkan hal itu menerusi satu temu bual yang turut dihadiri oleh anak perempuannya.
Difahamkan, guru yang mengajar di sekolah pondok, di mana tempat gadis tersebut belajar dikenali sebagai Muhammad Erik.
Kedua-dua mereka turut mengakui telah melakukan ‘malam pertama’ sejurus selepas berkahwin tanpa wali.
Bagaimanapun, Rokim telah melakukan laporan polis dan siasatan sedang dijalankan. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE