Cium isteri sendiri pun kena denda

Oleh – Syeikh Baran


Cium isteri sendiri pun kena denda
Julien Bernard dikenakan hukuman denda sebanyak £174 (RM1,050.02) kerana berkelakuan tidak wajar. – EUROSPORT

Seorang pelumba basikal Perancis meminta maaf selepas didenda kerana mencium isteri sendiri semasa perlumbaan berprestij Tour de France baru-baru ini, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam. 

Julien Bernard dikenakan hukuman denda sebanyak £174 (RM1,050.02) oleh Kesatuan Lumba Basikal Antarabangsa (UCI) kerana berhenti seketika semasa peringkat ke-7. 



“Denda berkenaan atas faktor berkelakuan tidak wajar semasa perlumbaan dan merosakkan imej sukan lumba basikal,” kata UCI. 

Bernard membuat permohonan maaf kepada UCI melalui catatan di media sosial. 

Dia juga berkata, dirinya sanggup membayar denda itu ‘setiap hari dan menghidupkan semula detik manis tersebut’. 

Sementara itu, seorang pelumba Itali, Davide Ballerini turut dikenakan denda serupa selepas melanggar peraturan sama pada awal perlumbaan. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button