Eyra Hazali Mohon Doa Orang Ramai

Buah Pinggang Anak Kering! 

Eyra Hazali Mohon Doa Orang Ramai

Eyra Hazali Mohon Doa Orang Ramai

Mei lalu, pelakon Eyra Hazali berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan sedang hamil anak ketiga.

Hamil Anak Ketiga

Eyra atau Hazirah Qasdina Hazali berkata, kandungannya sudah memasuki usia empat bulan pada ketika itu dan sepatutnya dia hamil anak kembar.



Bagaimanapun katanya, hasil ujian ultra bunyi mendapati salah satu embrio yang terbentuk berada di luar rahim.

Saya dan Haziq (suami) pergi melakukan ujian ultra bunyi untuk sahkan kehamilan dan kami mendapat berita buruk.

Doktor tunjuk ia adalah (kehamilan) ektopik namun selepas berjumpa dengan doktor yang menyambut kelahiran Hayder dulu, dia beritahu ia bukan ektopik.

Rupa-rupanya dua anak mama dan papa tapi tiada rezeki. Satu tak jadi. Tinggal satu anak mama dan papa. Tidak mengapa, kami bersyukur dengan rezeki ini.



Terbaru, Eyra ada berkongsikan sekali lagi kepada umum mengenai status kesihatan anaknya.

Disahkan Mengalami Masalah Buah Pinggang

Eyra Hazali Mohon Doa Orang Ramai
via Beutiful Nara

Tidak pernah berhadapan isu kesihatan, Eyra tidak menyangka anak keduanya, Endra Haqimie disahkan mempunyai masalah buah pinggang kering.

Eyra yang memaklumkan kepada umum melalui Insta Story menyatakan bahawa sebelum anaknya itu ditahan dihospital, anaknya tidak berhenti-henti muntah sejak malam Jumaat yang lepas.

Assalamualaikum semua. Mohon doakan Endra. Dia tidak henti-henti muntah dari malam semalam (Jumaat).



Keputusan kami dapat adalah buah pinggang Endra sudah kering sangat

Masih kekal positif, Eyra yakin anaknya akan pulih selepas mendapatkan rawatan dan memohon doa orang ramai untuk anaknya itu.

Insya-Allah dengan rawatan seterusnya, dia akan baik dan sekarang hanya perlu dipantau doktor.

Selain Endra, Eyra mempunyai seorang lagi anak lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish hasil perkahwinan dengan Haziq.



Eyra Hazali Mohon Doa Orang Ramai



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button