Keputusan PRK DUN Sungai Bakap testimoni rakyat terhadap PH

Oleh – Syeikh Baran


Keputusan PRK DUN Sungai Bakap testimoni rakyat terhadap PH
AHMAD SAMSURI ditemui pada sambutan Maal Hijrah peringkat Terengganu hari ini.

Perikatan Nasional (PN) menganggap kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap semalam merupakan testimoni rakyat menolak Pakatan Harapan (PH).

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, PN berjaya memenangi kerusi DUN itu dengan majoriti lebih besar walaupun peratusan keluar mengundi lebih kecil berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 tahun lalu.



“Tentunya ia berkait dengan testimoni rakyat yang ingin menyatakan pendirian mereka dan penolakan dalam pelbagai isu negara kita ini.

“Antara isu yang berlegar di Sungai Bakap ialah bekalan air, subsidi diesel dan yang paling utama kos sara hidup yang menekan keseluruhan rakyat terutama pengundi kawasan tersebut,” katanya ketika ditemui selepas sambutan Maal Hijrah peringkat Terengganu di sini hari ini.

PN yang diwakili Abidin Ismail, 56, dari Pas berjaya mempertahankan kerusi DUN Sungai Bakap dengan menewaskan calon PH, Dr. Joohari Ariffin, 60, menerusi majoriti 4,267 undi.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri memberitahu, keberkesanan kempen jentera pililihan raya PN juga faktor kemenangan dalam PRK DUN Sungai Bakap berkenaan.

Beliau berkata, kerjasama antara petugas parti komponen PN iaitu Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gerakan dan Parti Perikatan India Muslim Nasional lebih tersusun dalam PRK DUN Sungai Bakap.



“Model (kerjasama jentera pelbagai parti) yang dilaksanakan di Sungai Bakap yang terbaik setelah PN mencuba pelbagai cara dalam beberapa siri PRK sebelum ini,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button