Lebih 98 peratus pelaburan HRD Corp. catat keuntungan

Oleh – Syeikh Baran


Lebih 98 peratus pelaburan HRD Corp. catat keuntungan
Gambar Hiasan

Human Resource Development Corporation (HRD Corp) mencatatkan keuntungan bersih pelaburan tidak nyata sebanyak RM69 juta sehingga akhir 2023.

Dalam konteks ini, jumlah itu melibatkan sebanyak 98.7 peratus daripada keseluruhan portfolio pelaburan HRD Corp yang bernilai RM3.6 bilion.



Menerusi nota pembentangan dikeluarkan pihak pengurusan kepada lembaga pengarah HRD Corp., hanya 1.3 peratus daripada keseluruhan portfolio pelaburan HRD Corp. yang mencatatkan kerugian tidak nyata sebanyak RM49 juta.

“Keuntungan nyata daripada pelaburan setakat 30 Jun 2023 pula adalah RM56 juta, manakala keuntungan nyata daripada pelaburan setakat 31 Disember 2023 adalah RM106 juta,” katanya hari ini.

Jelas nota itu, pihak pengurusan HRD Corp. menegaskan bahawa mereka sentiasa mematuhi prosedur ditetapkan di mana segala bentuk permohonan kelulusan pelaburan mesti dilampirkan dengan kertas analisis.

Sebelum ini, Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam LKAN 2/2024 dilaporkan berkata, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) disyorkan merujuk pengurusan HRD Corp. kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan susulan kegagalan syarikat kerajaan itu dalam audit yang dibuat.



Wan Suraya berkata, terdapat tindakan serta keputusan yang diambil oleh pengurusan HRD Corp tidak mematuhi prosedur dan tidak menjaga kepentingan dalam mencapai fungsi penubuhan syarikat.

Jelasnya, Kesuma perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengurusan HRD Corp. bagi ketidakteraturan yang dikenal pasti.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan HRD Corp. untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan.

Dapatan itu diperoleh menerusi slaid pembentangan HRD Corp bertarikh 12 Mac lalu seperti dinyatakan dalam laporan PAC berhubung Pengurusan Dana Latihan Dan Keberkesanan HRD Corp di bawah Kesuma.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button