Lelaki luka kaki cuba padam kebakaran rumah

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki luka kaki cuba padam kebakaran rumah
Anggota bomba memadam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Kampung Pulo Hulu, Kuching awal pagi tadi.

Seorang lelaki mengalami luka di kaki kiri ketika cuba memadam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Kampung Pulo Hulu, di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 1.11 pagi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dan BBP Tabuan Jaya ke lokasi.



“Setiba di lokasi mendapati kebakaran melibatkan dua rumah iaitu sebuah rumah dua tingkat terbakar 100 peratus dan sebuah lagi rumah terbakar 10 peratus akibat terkena bahang api.

“Terdapat seorang mangsa mengalami kecederaan luka pada kaki kiri semasa cuba memadam kebakaran sebelum pasukan bomba sampai di lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak dengan mengunakan jentera EMRS Petra Jaya.

Menjelas lanjut, beliau berkata pasukan bomba bertindak memadam kebakaran mengunakan satu aliran, 300 kaki hos dan dua nozel bagi mengawal kebakaran merebak ke rumah sebelah.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button