Piala FA: Pemain muda Selangor berjaya galas impian

Piala FA: Pemain muda Selangor berjaya galas impian

Piala FA: Pemain muda Selangor berjaya galas impian
BINTANG Selangor, Faisal Halim turut menyertai rakan-rakan sepasukannya meraikan kejayaan mara ke pentas separuh akhir Piala FA menewaskan Kuching City kelmarin.

JURULATIH skuad Selangor FC, Nidzam Jamil teruja melihat generasi muda pasukan itu berjaya memikul tanggungjawab selepas mara ke pusingan separuh akhir Piala FA dengan menewaskan Kuching City menerusi penentuan penalti kelmarin.

Pada aksi suku akhir kedua itu, kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan menarik dengan Selangor meraih kemenangan 3-2 tetapi kedudukan agregat masih seri 4-4 sekali gus perlawanan ditentukan menerusi penalti.

Skuad Gergasi Merah mempamerkan kejutan apabila mempertaruhkan empat pemain muda selain kapten, Safuwan Baharudin untuk mengambil sepakan penalti dan tuan rumah menyempurkan semua tendangan dengan sempurna.



Empat pemain terbabit adalah Aliff Haiqal Lau, Syahir Bashah, Aliff Izwan Yuslan dan Harith Haiqal.

Menurut Nidzam, anak-anak buahnya telah memberikan sepenuh jiwa dalam usaha mara ke separuh akhir Piala FA meskipun beraksi dengan sembilan pemain selepas Yohandry Orozco dan Reziq Bani Hani dilayangkan kad merah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemimpin UMNO Sedang Lakukan Sesuatu Tapi Tak Boleh Beritahu, Haa Gituuu




“Ini adalah perlawanan yang ‘gila’ dan penuh debaran serta drama sepanjang perlawanan. Semua pemain telah berikan segalanya kerana kami benar-benar mahukan kemenangan ini untuk berada di separuh akhir.

“Pujian harus saya tujukan kepada semua pemain hasil kerja keras mereka dan generasi muda kami telah buktikan mereka sudah dewasa dan ini adalah skuad yang dahagakan kejayaan,” katanya selepas tamat perlawanan.

Mengulas lanjut, Nidzam memuji kepimpinan Safuwan di atas padang selain keputusan untuk mengambil sepakan penalti pertama meringankan beban rakan sepasukan.

“Saya boleh katakan Safuwan adalah contoh terbaik. Dia ketuai sepakan penalti dan mengambil sepakan pertama untuk mengurangkan tekanan kepada adik-adiknya,” katanya.



Selangor dijadualkan bertemu Terengganu FC pada aksi separuh akhir penghujung bulan ini.

Piala FA: Pemain muda Selangor berjaya galas impian

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Era PN Selesai Masalah Dengan Guna Hasil Negara Atau Buat Masalah Dengan Jarah Hasil Negara?



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button