PRK Sungai Bakap: Abidin berarak naik lori ucap terima kasih

Oleh – Syeikh Baran


PRK Sungai Bakap: Abidin berarak naik lori ucap terima kasih
Abidin santuni pengundi setempat selepas beroleh kemenangan besar pada PRK DUN Sungai Bakap semalam. -Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

Calon Perikatan Nasional dari Pas, Abidin Ismail turun berarak menggunakan lori bagi merakamkan ucapan terima kasih kepada pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, hari ini.

Abidin, 56, turut menyantuni pengundi secara bersemuka sebagai simbolik dirinya sudah mula melakukan tugas sebagai wakil rakyat baharu yang dipilih menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) semalam.



Beliau yang mesra dengan panggilan Abang Abidin menyifatkan kemenangan semalam sebagai satu permulaan yang baik sempena sambutan Awal Muharram selain akan meneruskan manifesto KERJA yang diumumnya sebelum ini.

Selain itu katanya, hebahan secara bergerak menggunakan lori dibuat atas tanda terima kasih kepada pengundi yang memberi kepercayaan kepadanya mewakili PN.

“Alhamdulillah hari ini kita buat hebahan secara bergerak menggunakan lori. Setakat ini saya bersama (jentera parti) telah pergi ke Unit Daerah Mengundi (UDM) Kampung Besar dan UDM Sungai Kechil.

“Insya-Allah kita akan pergi kesemua lapan UDM bagi merakamkan ucapan terima kasih kepada pengundi yang memberi kepercayaan kepada PN hingga menang majoriti yang besar.



“Awal Muharram permulaan yang baik kita mendapat kemenangan semalam..ini juga permulaan untuk legasi arwah Abang Zam (bekas Adun Nor Zamri). Kita akan teruskan apa arwah nak buat dengan menambah baik apa yang perlu kita tambah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button