PRK Sungai Bakap: Peratus undi Cina, India rendah punca PH kalah
Oleh – Syeikh Baran
Peratusan keluar mengundi membabitkan pengundi Cina dan India yang rendah dikesan antara punca kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan (DUN) Sungai Bakap kali ini.
Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, peratusan pengundi Cina dan India yang mengundi hari ini didapati merosot sekitar 10 hingga 13 peratus berbanding pilihan raya negeri dan pilihan raya terdahulu.
βIa sedikit sebanyak menyebabkan kita hilang sekitar 1,000 hingga 2,000 undi. Selain peratusan mengundi kaum India dan Cina yang merosot, isu nasional dan isu negeri juga menjadi antara faktor kekalahan PH di Sungai Bakap,β katanya pada sidang akhbar di Bukit Jawi Golf Resort di sini malam ini.
Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, PH telah mengambil maklum mengenai kelemahan dan kekuatan gabungan kerajaan Perpaduan sepanjang tempoh kempen berlangsung.
Tambah beliau, PH dan kerajaan negeri namun tidak akan meninggalkan pengundi di Sungai Bakap dan akan berusaha mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi rakyat di kawasan itu.
Selain itu, kata beliau, kerjasama antara PH dan BN telah ditonjolkan pada tahap terbaik dalam PRK Sungai Bakap kali ini dan ia menjadi penanda aras hubungan baik di antara kedua-dua parti di peringkat nasional.
Sumber β KOSMO! ONLINE