Pusat refleksologi rupanya ‘simpan pelacur’

Oleh – Syeikh Baran


Pusat refleksologi rupanya ‘simpan pelacur’
Antara premis yang digempur Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) Bukit Aman di sekitar Lembah Klang, Jumaat lalu.

Seramai 39 wanita warga asing dipercayai pekerja seks yang berselindung sebagai tukang urut ditahan menerusi serbuan di premis refleksologi, sekitar Lembah Klang, Jumaat lalu.

Serbuan bermula pukul 3 petang itu dijalankan di Kuala Lumpur bagi daerah Brickfields, Cheras dan Dang Wangi serta Selangor membabitkan kawasan Kajang, Gombak dan Ampang.



Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, sebanyak 10 serbuan dilaksanakan hasil maklumat dan risikan.

Katanya, 39 wanita warga asing yang ditahan berusia lingkungan 19 hingga 50-an dipercayai bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut.

“Kesemua mereka terdiri daripada 22 warga Thailand, Vietnam (5), Indonesia (5), Laos (6) dan seorang Kemboja.

“Turut ditahan sembilan lelaki termasuk seorang warga asing merupakan penjaga kaunter premis serta seorang pelanggan premis.



“Kesemua premis urut ini dipercayai melakukan kesalahan menggajikan wanita warga asing bekerja tanpa sebarang permit yang sah serta menjalankan aktiviti yang tidak bermoral dengan menawarkan perkhidmatan seks dan urutan,” katanya.

Menurut beliau, siasatan mendapati premis-premis urut ini menjalankan operasi setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 1 pagi dengan mendapatkan khidmat secara ‘walk in’ selain aplikasi WhatsApp.

Kata Farouk, kebanyakan premis urut ini menyasarkan warga asing dan pelanggan tetap sahaja.

Jelasnya, harga bagi pakej perkhidmatan seks yang ditawarkan adalah bermula daripada RM150 sehingga RM320 bagi satu sesi, manakala bagi urutan badan RM60 sehingga RM120.



“Bayaran tambahan turut dikenakan sebanyak RM50 ke RM80 untuk khidmat lain,” ujarnya.

Tambah Mohamad Farouk, kebanyakan wanita asing ini menyalahgunakan pas lawatan sosial dan terdapat juga yang tiada sebarang dokumen pengenalan diri semasa ditahan.

“Kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berhampiran untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button