Suspek liwat lelaki warga asing dikesan polis

Oleh – Syeikh Baran


Suspek liwat lelaki warga asing dikesan polis
Gambar Hiasan

Polis sedang giat mengesan seorang lelaki tempatan yang dipercayai meliwat lelaki Bangladesh dalam kejadian di sebuah kondominium, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya percaya suspek melarikan diri setelah mangsa membuat laporan polis.



“Setakat ini masih belum ada tangkapan, suspek dipercayai melarikan diri dan pihak polis sedang mengesan keberadaan suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan pelawaan untuk berbual di rumah bertukar menjadi mimpi ngeri buat seorang lelaki warga asing apabila diliwat kenalan di sebuah kondominium, di sini.

Mangsa berusia 25 tahun memaklumkan baru berkenalan dengan suspek di sebuah gimnasium pada Mac lalu.

Kejadian berlaku apabila suspek mengajak mangsa ke rumahnya untuk berbual sekitar pukul 5 petang.



Mangsa telah berjumpa suspek di koridor kondominium sebelum pergi ke rumahnya untuk berbual-bual.

Sampai sahaja di rumah, suspek bertindak membuka pakaian mangsa dan mula menyentuh badan serta kemaluan mangsa, suspek juga memasukkan kemaluan ke dalam dubur mangsa.

Mangsa tidak menjerit kerana tidak mahu jiran sekitar dengar atau nampak kejadian yang boleh memalukan dirinya.

Justeru itu, mangsa telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan pada dubur.



Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button