Tiga bulan pandu bas persiaran tanpa lesen

Oleh – Syeikh Baran


Tiga bulan pandu bas persiaran tanpa lesen
Antara bas yang diperiksa JPJ Selangor dalam Operasi KPA di Lebuh Raya Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

Seorang lelaki sanggup merisikokan nyawa penumpang apabila memandu bas persiaran tanpa lesen sah sejak tiga bulan lalu.

Kesalahan pemandu berusia lingkungan 30-an itu dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menahan bas itu di Lebuh Raya Pulau Indah, Pelabuhan Klang di sini, kelmarin.



Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, penahanan itu dilakukan menerusi Operasi Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) di sekitar lokasi berkenaan.

Menurutnya, sebanyak 16 kenderaan perkhidmatan awam ditahan bagi pemeriksaan lanjut iaitu enam bas persiaraan dan bas ekspres, tiga bas kilang dan sebuah bas sekolah

“Pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan dikesan seperti tiada lesen memandu dan lesen kenderaan pengangkutan selain isu teknikal lain.

“Kita kemudian bertindak mengeluarkan saman terhadap pemandu yang dikesan masih melakukan kesalahan itu termasuk bersiaran,” katanya hari ini.

Sumber – KOSMO!ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button