Apakah Anwar Akan Terkena Badi Rishi Sunak?

Apakah Anwar Akan Terkena Badi Rishi Sunak

Apakah Anwar Akan Terkena Badi Rishi Sunak?

 

Kekalahan calon PH/BN dalam pilihanraya kecil Sungai Bakap merupakan satu tamparan kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang memerintah sekarang.

Lebih-lebih lagi kepada parti PKR.



Ini adalah kerana, ahli parlimen Bagan Serai adalah dari PKR, kerajaan negeri yang memerintah adalah Pakatan Harapan di mana PKR merupakan komponen utama.

Kerajaan pusat pula diterajui oleh PKR sebagai parti utama dalam Pakatan Harapan dan perdana menteri juga datangnya dari PKR.

Sekiranya tewas dengan majoriti yang tipis, mungkin kita boleh anggap ianya dalah perkara biasa dalam mana-mama pilihanraya.

Tetapi tewas dengan majoriti lebih dari 4 ribu undi dengan segala kelebihan berada pada parti pemerintah, ia adalah sesuatu yang sangat memalukan.



Kenapa Rakyat Marah Dengan Kerajaan Perpaduan?

 

Penulis tertarik dengan ulasan yang diberikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, mengenai sebab mengapa PH/BN kalah di pilihanraya kecil Sungai Bakap.

Kon Yeow mendakwa kekalahan PH/BN di dalam pilihanraya kecil tersebut adalah kerana rakyat tidak puas hati dengan dasar kerajaan.

Walau pun tidak dinyatakan secara jelas, sudah pastilah maksud beliau adalah dasar kerajaan pusat dan bukan kerajaan negeri.



Antara contoh yang diberikan oleh Kon Yeow adalah penyasaran subsidi diesel.

Benarkah apa yang didakwa oleh Kon Yeow?

Benar, tetapi Kon Yeow sebenarnya hanya memberikan alasan klishe yang tidak sepatutnya datang dari seorang Ketua Menteri.

Rakyat memang marah dengan beberapa isu yang bersangkutan dengan dasar kerajaan pusat.



Tidak ada siapa yang akan gembira apabila harga diesel naik.

Tetapi lebih memarahkan rakyat adalah penipuan demi penipuan pemimpin di pusat, terutamanya menteri kabinet.

Anwar pernah mengatakan lapuran media asing mengenai kenaikan harga diesel adalah perbuatan yang tidak beretika.

Tetapi akhirnya terbukti, apa yang dilapurkan media asing menjadi kenyataan.



Ekoran dari kenaikan harga diesel, perdana menteri dan kabinet kerajaan Malaysia memberi jaminan ianya tidak akan menaikkan harga keperluan barang asas.

Tetapi tidak saampai 24 jam harga diesel diumumkan naik, harga barang keperluan asas turut melambung naik.

Malaysia bersikap sangat vokal dalam menentang kekejaman Zionis Yahudi di Gaza, Palestine.

Tetapi apabila bocor fakta penjualan saham MAHB kepada BlackRock, proksi Zionis, Anwar menuduh pembangkang sengaja membuat fitnah untuk timbulkan kebencian rakyat pada kerajaan.



Tetapi apabila berita tersebut ternyata benar, Anwar sekali lagi membuat u-turn dengan mengatakan Malaysia hanya akan sekat syarikat yang berpusat di Israel.

Badi Rishi Sunak Dan Gabriel Attar

 

Jelas, kerajaan PH/BN tidak mengambil pelajaran dari apa yang sedang dan telah berlaku di United Kingdom dan Perancis.

Rishi Sunak sudah letak jawatan sebagai perdana menteri United Kingdom dan Gabriel Attar pula baru sahaja letak jawatan sebagai perdana menteri Perancis.

Atau kerana membiarkan DS Najib terus dinafikan keadilan, Anwar kini sudah terkena badi Rishi Sunak dan Gabriel Attar.

 

Apakah Anwar Akan Terkena Badi Rishi Sunak?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button