Dituduh pelakon tumbuk kekasih, Ammar Alfian bersuara bukan dirinya
“Tahulah muka aku jahat…”
Dituduh pelakon tumbuk kekasih, Ammar Alfian bersuara bukan dirinya
SUSULAN berita mengenai seorang pelakon lelaki didakwa menumbuk wajah kekasihnya, nama Ammar Alfian antara dipetik sebagai individu dimaksudkan.
Tampil menjawab tuduhan tersebut, Ammar atau Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 37, menyangkal itu adalah dirinya.
“Bukan aku,” katanya.
Ammar menyangkal perkara tersebut dalam ruangan komen di Instagram mStar yang turut melaporkan berita berkenaan.
Dalam masa sama, pelakon berkenaan juga menganggap tuduhan tersebut sebagai keterlaluan hanya kerana dia sering membawa watak antagonis dalam drama serta filem lakonannya.
Malah Ammar secara sinikal meminta produser agar memberikannya lebih banyak tawaran watak berbeza.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Noh Omar Terpaksa Tunggang Nama Najib Untuk Di Lihat Masih Relevan
- Guna King Councel – Ñajib tidak boleh tapi Muhyiddin boleh pula.
- Wabak Salah Najib Bermula Lagi
Era PN Selesai Masalah Dengan Guna Hasil Negara Atau Buat Masalah Dengan Jarah Hasil Negara?
“Tahulah muka aku jahat. Lepas ni produser tolong beri watak ustaz. Aku nak babak solat dan menangis dalam masjid,”ujarnya.
Sejak pagi Isnin, berita tentang seorang wanita dipukul seorang pelakon yang juga kekasihnya menjadi bualan ramai.
Susulan itu, nama Ammar disebut-sebut sebagai pelakon dimaksudkan daripada beberapa petunjuk diberikan seperti umur dan berbadan sasa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :