HWC Coffee lebar sayap ke Pantai Timur
HWC Coffee lebar sayap ke Pantai Timur
Kuala Lumpur: HWC Coffee, merancang untuk mengembangkan pasarannya di Pantai Timur dengan membuka cawangan pertama mereka di East Coast Mall, Pahang.
Ketua Pegawai Eksekutif HWC Coffee, Zenda Ng berkata, rancangan strategik kumpulan adalah untuk mengembangkan pasaran ke kawasan Pantai Timur sekaligus menawarkan kopi berkualiti tinggi bersijil halal.
Katanya, syarikat itu akan membuka kedai jenama pertama mereka di East Coast Mall pada November 2024.
“Kami teruja untuk mengembangkan kehadiran kami ke Pantai Timur, memastikan lebih ramai orang dapat menikmati kopi premium bersijil halal kami.
“Kedai baharu di East Coast Mall ini menandakan komitmen kami untuk membawa kopi berkualiti tinggi ke rantau yang dinamik dan ini hanyalah permulaan daripada rancangan pengembangan kami di kawasan Pantai Timur,” katanya dalam kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Noh Omar Terpaksa Tunggang Nama Najib Untuk Di Lihat Masih Relevan
- Guna King Councel – Ñajib tidak boleh tapi Muhyiddin boleh pula.
- Wabak Salah Najib Bermula Lagi
Era PN Selesai Masalah Dengan Guna Hasil Negara Atau Buat Masalah Dengan Jarah Hasil Negara?
Beliau berkata, kedai HWC Coffee di East Coast Mall ini mewakili pencapaian penting bagi kumpulan kerana ia sebagai langkah menubuhkan kehadiran yang kukuh di rantau Pantai Timur, memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk kopi istimewa.
“Kami percaya bahawa tawaran unik kami dan komitmen terhadap kualiti akan diterima dengan baik, dan kami teruja untuk menyumbang kepada budaya kopi yang meriah di Pantai Timur,” katanya.
Setakat ini, HWC Coffee mengendalikan hampir 70 kedai di seluruh negara dan berfungsi sebagai pemegang francais utama untuk Brunei dengan dua kedai dibuka di negara terbabit.
Sebagai sebahagian daripada strategi pengembangannya, HWC Coffee berhasrat untuk terus menyediakan kopi berkualiti tinggi bersijil halal, memastikan semua pelanggan dapat menikmati minuman kegemaran mereka dengan keyakinan.
Sementara itu, HWC Coffee menyumbangkan sebanyak RM20,000 kepada Ansara Malaysia sebagai sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tahunan mereka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Majlis Profesor Negara Di Dakwa Salah Guna Dana Kerajaan, Tak Nak Salahkan Najib Ker?
- Misteri Takrifan Hearsay Yang Mengelirukan
-
Dua Survey dapati Najib terlalu popular, lalu ada pihak halang pembebasan nya.
Pemimpin UMNO Sedang Lakukan Sesuatu Tapi Tak Boleh Beritahu, Haa Gituuu
Katanya, sumbangan signifikan ini menekankan komitmen berterusan HWC Coffee dalam menyokong komuniti tempatan dan memupuk impak sosial yang positif.
Beliau berkata, kerjasama antara pihaknya dan Ansara Malaysia bermula pada April lalu dengan program ‘Giving Back Program’ yang direka khas untuk ahli Ansara.
Selain itu, ahli boleh menikmati minuman khas pada harga eksklusif RM5.90, memberikan mereka peluang untuk menikmati kopi berkualiti tinggi pada harga berpatutan.
“Dalam usaha kerjasama kedua, bagi setiap pembelian Spanish Caffe Latte, HWC Coffee menyumbang RM2 kepada tabung Kebajikan Ansara Malaysia x HWC Coffee.
“Melalui kedua-dua program ini, sebanyak RM10,000 berjaya dikumpulkan, memperlihatkan dedikasi HWC Coffee dalam pembabitan komuniti dan tanggungjawab sosial,” katanya.
HWC Coffee lebar sayap ke Pantai Timur
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :